SPRM Mula Menyiasat Laporan Penyelewengan Di dalam BAM.

Kuala Lumpur, 4 Dec 2024, 12.00 tengahari – SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) kini sedang menjalankan siasatan ke atas seorang pegawai di dalam Persatuan Badminton Malaysia ( BAM ) mengenai satu dakwaan berkaitan penyelewengan. SPRM hadir untuk menjalankan tugas mereka sebaik sahaja menerima laporan dari seorang individu. Pegawai yang dimaksudkan itu dipercayai Timbalan […]
SPRM Masih Jalankan Siasatan Mencari Aset Dan Kewangan Allahyarham Tun Daim.

Kuala Lumpur, 22 Nov 2024, 12.00 tengahari – SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memberikan penjelasan berkenaan kes yang melibatkan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Che Abdul Daim Zainuddin, atau lebih dikenali sebagai Tun Daim Zainuddin. Perkara ini perlu diberi penerangan bagi membetulkan berbagai dakwaan yang mengelirukan serta tidak berasas yang tersebar terutamanya di media […]
Pemberi Maklumat Mengenai Rasuah Boleh Memohon “Perlindungan Pemberi Maklumat”- SPRM.

Kuala Lumpur, 19 Nov 2024, 9.00 malam – KETUA Pesuruhjaya Pencengahan Rasuah, Tan Sri Azam Baki berkata, isu mengenai pemberi maklumat sering disalah faham oleh masyarakat yang dan ada yang beranggapan bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai rasuah boleh memohon pelindungan pemberi maklumat. Beliau berkata, negara mempunyai undang undang dan prosedur untuk memastikan pemberi […]
SPRM Serbu Kegiatan Memunggah Bauksit Di Syaki Dilindungi Oleh Pegawai Agensi Kerajaan.

Kuala Lumpur, 15 Nov 2024, 9.00 malam – SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggempur kegiatan memunggah keluar hasil galian yang dipercayai mengandungi bauksit tanpa mengikut prosedur yang sah di sekitar Kuantan, Pahang yang disyaki turut dilindungi oleh pegawai sebuah agensi di bawah kerajaan negeri sejak tahun 2022. Dalam serbuan dijalankan oleh Bahagian Perisikan SPRM […]
Lapangan Terbang Diseluruh Negara Akan Dipantau Rapi Oleh SPRM.

Kuala Lumpur, 29 Okt 2024, 11.00 malam – KETUA Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam BakiĀ berkata, semua lapangan terbang diseluruh negara akan dipantau rapi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) bagi membanteras aktiviti membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa. Kuala Lumpur International Airport (KLIA) adalah pintu masuk pengembara dari seluruh dunia […]
Dua Pegawai PPD Ditahan Kerana Terima Rasuah Sebagai Balasan Melantik Pembekal.

Kuala Lumpur, 27 Okt 2024, 9.00 malam – DUA pegawai kanan yang bertugas di sebuah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, semalam. Suspek dipercayai menerima rasuah sebagai balasan untuk berpakat melantik beberapa pembekal dalam urusan perolehan secara pembelian terus dan sebut harga bagi pembekalan bahan mentah penyelenggaraan […]
SPRM adalah Jabatan Yang Dekat Dengan Anwar Kerana Beliau “Pemusnah” Rasuah ?

Kuala Lumpur, 18 Okt 2024, 11 malam – SEMENJAK mengambil alih tampok pemerintahan negara, boleh dikatakan setiap hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyebut tentang memerangi rasuah didalam negara. Oleh itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat jabatan kerajaan yang paling dekat dengannya untuk dipantau dari segi prestasi dan untuk mendapatkan maklumat terkini […]
Seminar Antirasuah SPRM Bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Kuala Lumpur, 13 Okt 2024, 12.00 malam – SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Football Association of Malaysia akan menganjurkan Seminar Antirasuah Bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (Mencegah Ketirisan Dalam Pengurusan Dan Penyaluran Dana) bagi berkongsi idea dan bersama menangani risiko rasuah dalam pengurusan dan penyaluran dana pembangunan sukan. Seminar ini akan melibatkan FAM […]
PROGRAM WIRA ANTIRASUAH BERSAMA SJK (T) WEST COUNTRY (BARAT) KAJANG.

kuala Lumpur, 04 Okt 2024, 11.00 malam – HARI ini, telah berlangsung satu acara yang dinamakan ‘Program Wira Antirasuah (WAR)’ telah diadakan di SJK (T) West Country (Barat) Kajang yang dihadiri oleh 126 orang murid daripada tahun satu ke tahun enam dan 16 orang guru. Berbagai pengisian telah diterapkan didalam program ini dimulakan dengan perkongsian […]
Sindiket “Counter Setting”. RM800,000 Ditemui Dirumah Dua Pegawai Imigresen.

Kuala Lumpur, 18 Sept 2024, 9.00 malam – SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan penemuan wang tunai hampir RM800,000 yang disyaki hasil dari sindiket “Counter Setting” yang dipercayai didalangi oleh dua pegawai imigresen gred rendah. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata, terdapat dua penemuan dilokasi berlainan iaitu sejumlah RM518,250 dalam bagasi di bilik […]