
Kuala Lumpur, 4 Dec 2024, 12.00 tengahari – SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) kini sedang menjalankan siasatan ke atas seorang pegawai di dalam Persatuan Badminton Malaysia ( BAM ) mengenai satu dakwaan berkaitan penyelewengan. SPRM hadir untuk menjalankan tugas mereka sebaik sahaja menerima laporan dari seorang individu.
Pegawai yang dimaksudkan itu dipercayai Timbalan Presiden Persatuan tersebut dan perkara itu telah disahkan oleh BAM sendiri.
BAM juga turut mengesahkan akan kehadiran pegawai SPRM ke pejabat persatuan berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan dokumentasi mengenai perkara yang berkaitan.
SPRM sedang meneliti kes ini dan memberi tumpuan sepenuhnya bagi mendapat butiran yang jelas sebelum membuat sebarang pendedahan kepada orang ramai.
Pihak BAM juga telah menyatakan kesanggupan mereka untuk memberi kerjasama kepada SPRM bagi melengkapkan siasatan.
Sehubungan itu warga maya dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara ini dan berikan ruang secukupnya untuk SPRM menjalankan siasatan.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: