SPRM adalah Jabatan Yang Dekat Dengan Anwar Kerana Beliau "Pemusnah" Rasuah ?
Tiada guna dasar dan hala tuju ekonomi negara dilaksana jika salah guna kuasa, seleweng dana dan mengkayakan kelompok sendiri.

Kuala Lumpur, 18 Okt 2024, 11 malam – SEMENJAK mengambil alih tampok pemerintahan negara, boleh dikatakan setiap hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyebut tentang memerangi rasuah didalam negara. Oleh itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat jabatan kerajaan yang paling dekat dengannya untuk dipantau dari segi prestasi dan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai hasil tangkapan orang-orang yang tidak bertanggungjawab didalam menjalankan tugas dan individu-individu yang tamak yang mengutamakan wang dan harta dunia sebagai penyeri kehidupan mereka.

Rata-rata rakyat Malaysia juga berpendapat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga diantara jabatan terbaik sejak kebelakangan dengan beberapa siri kejayaan membanteras kes penipuan dan salah guna kuasa dimana yang terbaru adalah kes “kaunter setting” yang didalangi oleh pegawai dan anggota berpangkat rendah dari Jabatan Imigresen Malaysia.

Diatas kecemerlangan tugas dari pandangan rakyat, yang telah ditunjukkan oleh SPRM ini, maka tidak hairanlah jika jabatan tersebut mendapat bajet sebanyak RM360 juta didalam belanjawan 2025 berbanding RM338 juta tahun lalu.

Menurut Datuk Seri Anwar, Masa depan negara bergantung kepada kejayaan kita membanteras rasuah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini. Menurutnya lagi tiada guna dasar dan hala tuju ekonomi negara dilaksana jika salah guna kuasa, seleweng dana dan mengkayakan kelompok sendiri.

Selain itu, Datuk Seri Anwar juga memperuntukkan sebanyak RM27 juta kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk membanteras penguasaan kartel dan penipuan bida memecahkan tembok penguasaan kartel yang bermajarajalela sebagai orang tengah yang mengaut keuntungan.

Kecemerlangan MyCC dapat dilihat apabila mereka berjaya memecahkan tembok penguasaan kartel dan penipuan bida membabitkan jumlah penalti dikenakan hampir RM600 juta dari lebih 350 syarikat.

Susulan isu peningkatan kes penipuan atau scam di negara ini maka peranan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) akan terus diperhebat dengan peruntukan RM20 juta. Soal rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan penipuan dianggap seperti barah senyap yang menjatuhkan moral rakyat dan keyakinan pelabur.

Datuk Seri Anwar juga berkata, SPRM diberi kebebasan penuh untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas memandangkan peningkatan lebih 20 peratus tangkapan dan kertas siasatan dibuka pada 2023, berbanding sebelumnya. Jelas Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Tambun.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Inisiatif Oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.