
Kuala Lumpur, 18 Sept 2024, 9.00 malam – SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan penemuan wang tunai hampir RM800,000 yang disyaki hasil dari sindiket “Counter Setting” yang dipercayai didalangi oleh dua pegawai imigresen gred rendah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata, terdapat dua penemuan dilokasi berlainan iaitu sejumlah RM518,250 dalam bagasi di bilik tidur pegawai wanita Imigresen Gred KP22 di kediamannya di Pahang dan RM248,443 yang ditemukan disimpan bawah katil bilik utama pegawai Imigresen lelaki Gred KP19 di rumahnya di Melaka.
Didalam dua serbuan tersebut, wang yang ditemui adalah sebahagian daripada keseluruhan wang tunai RM1.49 juta yang disita daripada penguat kuasa yang bersekongkol dengan sindiket ‘counter setting’.
Sepanjang operasi dijalankan, SPRM turut menyita wang tunai AS$9,900 (RM41,990) serta 5,470 Bath (RM696). Selain itu, SPRM juga turut menyita27 keping dinar emas seberat 575.75 gram dengan anggaran nilai melebihi RM200,000 daripada pegawai Imigresen Gred KP22 di Negeri Sembilan.
Pada operasi yang sama SPRM turut menyita sembilan kereta dan 13 motosikal, selain lebih 75 barangan kemas seperti cincin, gelang, rantai, loket dan subang serta 12 jam tangan pelbagai jenama.
‘Counter setting’ merupakan sindiket mempromosikan pakej untuk masuk ke Malaysia dengan hanya menggunakan platform media sosial khususnya Facebook dan Telegram.
Operasi dijalankan melalui ejen yang dilantik dengan berhubung melalui aplikasi WhatsAapp bagi mendapatkan tarikh untuk memulakan operasi bagi membolehkan gerakan kumpulan warga asing yang berperanan sebagai pelancong untuk memasuki negara ini.
Pegawai Imigresen kemudian akan memberikan ‘green light’ (lampu hijau) jika tarikh berkenaan sesuai.” Katanya. Pegawai imigresen yang menjadi dalang dalam operasi ini akan menerima butiran pasport dan gambar kumpulan warga asing yang akan tiba.
Untuk pelepasan masuk warga asing berkenaan, pegawai tertentu akan memberikan maklumat nombor ‘kaunter khas’ yang perlu dituju oleh kumpulan warga asing tersebut.
Pada 5 September lalu, SPRM telah berjaya memberkas Seorang pegawai Jabatan Imigresen (JIM) ‘berpengaruh’ dalam sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi ‘counter setting’dan dijangka dituduh di mahkamah pada awal Oktober ini. Pegawai berusia awal 40-an itu merupakan dalang utama dalam sindiket berkenaan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ” Itu yang salah seorang yang kita tangkap (dalang utama), dia mengawal lebih kurang dalam 50 pegawai sebab dia yang berpengaruh, dia ‘focal person’ untuk menjadi perantara. Pegawai imigresen yang terlibat melaksanakan apa yang diarahkan oleh beliau,” katanya menerusi sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
Begitulah berlakunya kebanjiran warga asing dinegara kita dengan terbabitnya pegawai-pegawai imigresen yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab yang menjadi dalang bertugas sebagai ” Counter Setting” bagi mencari pendapatan yang boleh dikatakan sebagai pendapatan sampingan lumayan yang sudah pastinya ” haram.”
Kredit – Berita Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
UMNO Tidak Pernah Keluarkan Arahan Dr Akmal Tidak Boleh Berkempen.