Kuala Lumpur, 18 Sept 2024, 1.00 petang – AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan supaya Ketua Pemuda Umno Malaysia Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tidak boleh menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ekoran perselisahan faham mengenai isu pensijilan halal bersama Ahli Parlimen Pasir Puteh iaitu Teresa Kok.
Menurut Ahmad Maslan, apa yang berlaku diantara kedua Yang Berhormat tersebut adalah isu peribadi dan ia sama sekali tidak melibatkan parti atau kerjasama berkempen diantara Umno dan DAP. Dengan itu perkara berkenaan tidak akan mengganggu gugat kempen pilihan raya yang dijalankan bersama atau akan mempengaruhi sentiment pengundi untuk menolak calon Umno iaitu Syed Hussien Syed Abdullah. Ini adalah isu peribadi dan tiada kaitan antara UMNO dan DAP.
“Ia ‘clash’ antara dua peribadi,” katanya kepada pemberita ketika Pesta Tanglung di Tokong Che Luan Khor di sini, semalam.
Pemimpin Pakatan Harapan ( PH ) sebelum ini ada menyuarakan kebimbangan mengenai isu pensijilan halal yang membangkitkan kemarahan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal terhadap Teresa Kok dan seterusnya membawa kepada tindakan saman oleh Teresa terhadap Akmal. Perkara ini dibimbangi akan menjejaskan undi kaum Cina terhadap calon dari Umno.
Untuk rekod, pengundi Cina PRK DUN Mahkota pada 28 September ini meliputi 35 peratus daripada 66,318.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.
Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon PH, PN dan Warisan.
Kredit – Sinar
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: