Kuala Lumpur, 17 Sept 2024, 12.00 malam – KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata Tiada keperluan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan perbincangan dengan pihak GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) berhubung tindakan lanjut siasatan yang akan dilakukan. Adakah perlu perbincangan sedangkan perkara tersebut didalam siasatan? Pihak polis sedang mencari bukti. Kenapa perlu berbincang?
Razarudin mengulas kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali yang mendakwa tiada sebarang perbincangan diadakan bersama pihaknya sebelum tindakan Op Global oleh polis pada 11 September lalu.
Menurut Razaruddin lagi, penyiasatan terlebih dahulu merupakan prosedur pihaknya dalam mengumpul bukti supaya siasatan dapat dilengkapkan seterusnya dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.
Beliau seterusnya berkata, Adakah kalau kita (polis) menyiasat dan kita nak bincang, bagaimana pula dengan bukti kita?
“Kalau macam itu sebagai contoh rumah disamun dan kita kenal pasti penjenayah, adakah perlu saya bincang dengan penjenayah itu? Adakah itu tindakannya?” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini pada Selasa.
Menerusi satu rakaman video yang dibuat oleh Nasiruddin sebelum itu, beliau sendiri mengakui pernah berlakunya kes liwat terhadap kanak-kanak dibawah seliaannya dirumah amal tersebut. Justeru, beliau mempersoalkan tindakan polis menyerbu dan menahan kesemua 392 penghuni dari 20 rumah amal kendalian syarikatnya.
Razarudin memberi keyakinan bahawa siasatan dijalankan secara telus dan adil serta menyeluruh kepada semua pihak termasuk suspek yang ditahan didalam Op Global pada 11 September lalu.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata, siasatan dijalankan menjurus kepada Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) dan kesalahan mengikut Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pusat Jagaan 1993.
Sehingga 16 September, proses saringan kesihatan yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Pulapol Kuala Lumpur terhadap 392 mangsa yang terdiri daripada 202 kanak-kanak lelaki dan 190 kanak-kanak perempuan telah selesai,” ujarnya.
Kredit – Sinar
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
PRK Mahkota. Pengundi Cina Dipikat Dengan Kefasihan Hussien Berbahasa Mandarin.