Kuala Lumpur, 17 Sept 2024, 6.00 petang – CALON dari Barisan Nasional (BN) iaitu Syed Hussien Syed Abdullah, dikatakan sedikit sebanyak berjaya memikat hati pengundi Cina dikawasan tersebut memandangkan beliau begitu fasih didalam bahasa Mandrin.
Sewaktu sesi pengenalan beliau sebagai calon di acara Pesta Pertengahan Musim Luruh yang diadakan di Persatuan Membaiki Akhlak Che Luan Khor, ramai dikalangan hadirin berbangsa Cina dipelbagai peringkat usia berinteraksi dan begitu teruja dengan kefasihan bahasa mandrin Hussien dan mereka juga membalas percakapan Hussien dengan bahasa ibunda mereka.
Ada diantara mereka yang memuji Hussien kerana ketampanannya dan respon Hussien kepada mereka adalah memohon supaya diberikan peluang untuk dipilih pada PRK DUN Mahkota nanti.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, kali inienonjolkan calon dari BN yang mempunyai pemahaman mendalam mengenai budaya, bahasa, dan pemikiran orang Cina kerana Hussien bersekolah di SJK(C) Chong Eng. Pada Minggu lalu pula, parti komponen BN iaitu MCA mengatakan Hussien mempunyai nama Cina – “Sai Fu Xing” – yang secara literal bermaksud “bintang bertuah”.
Ahli DAP, Wong Shu Qi membawanya berkeliling, memperkenalkannya dengan ahli kawasan tersebut dan Syed Hussien menyapa orang ramai, termasuk mereka yang meniaga gerai.
Orang ramai yang ditemui dilihat gembira bertemu dengan Hussien dan turut bergambar sambil menunjukkan satu jari, merujuk kepada kedudukannya di kertas undi sebagai calon pertama.
Interaksi Syed Hussien dengan penduduk Cina di kawasan itu berbeza dengan lawannya, Mohamad Haizan Jaafar dari PN. Wong mendakwa PN memainkan isu perkauman apabila tiada isu sebenar yang ingin dibangkitkan. Namun, Wong memberi peringatan agar tidak menganggap kerusi itu sudah pasti dimenangi oleh kerajaan perpaduan.
Terdahulu, Presiden MCA, Wee Ka Siong, ketika ditanya tentang kerjasama partinya dengan DAP, berkata kempen pilihan raya kecil itu diketuai oleh BN dan parti komponen mereka.
Bagi parti politik lain, jika mereka mahu menyokong kami kerana kerajaan perpaduan, kami tiada alasan untuk menolak,” kata Ahli Parlimen Ayer Hitam itu ketika ditemui di sebuah kopitiam di Kluang. Tambah Wee lagi, Semua yang bekerja bersama-sama untuk memastikan kemenangan Umno mempunyai matlamat yang sama.
Syed Hussien akan berdepan Haizan, 61, dalam pertandingan satu lawan satu pada hari mengundi 28 September. Pilihan raya kecil Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya dari BN Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos.
Kredit – MalaysiaKini
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :