
kuala Lumpur, 04 Okt 2024, 11.00 malam – HARI ini, telah berlangsung satu acara yang dinamakan ‘Program Wira Antirasuah (WAR)’ telah diadakan di SJK (T) West Country (Barat) Kajang yang dihadiri oleh 126 orang murid daripada tahun satu ke tahun enam dan 16 orang guru.
Berbagai pengisian telah diterapkan didalam program ini dimulakan dengan perkongsian Modul Pendidikan Antirasuah Sekolah Rendah oleh Ps Tavamalar a/p R Krisnan, diikuti slot kuiz dan diakhiri dengan kemunculan Kapten MACC yang dinanti-nantikan oleh murid-murid.
Turut hadir adalah Ketua Seksyen Sekolah; Puan Wan Noraishah binti Wan Mohd Isa, Guru besar; Puan Oveachselvi Govindasamy dan YDP PIBG; Encik Shaktiveloo Subramaniam.
‘Program Wira Antirasuah (WAR)’ ini merupakan satu inisiatif yang baik dari pihak sekolah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Program seperti ini perlu diperluaskan disemua peringkat iaitu bermula dari peringkat sekolah rendah hinggalah keperingkat pusat pengajian tinggi bagi menyemaikan rasa benci dan jijik terhadap perbuatan memberi dan menerima rasuah.
Program ini merupakan salah satu inisiatif yang perlu dilakukan SPRM seperti dikehendaki dalam Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) dengan memulakan langkah memberi penekanan terhadap aspek pencegahan rasuah melalui Bahagian Pendidikan Masyarakat.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: