Mohon Peruntukan Dengan Tandatangani MoU Adalah Rasuah?
Syarat untuk mendapat peruntukan wang bagi kawasan ialah menandatangani MOU. Ini rasuah. Duit Kerajaan bukan milik parti Kerajaan.

Kuala Lumpur, 04 Okt 2024, 9.00 malam – DALAM Penulisan oleh Tun Mahathir didalam facebook miliknya, beliau berkata, mengapa perlu menandatangani MoU untuk mendapatkan peruntukan kawasan parlimen? Menurut beliau itu merupakan rasuah ? Peruntukan atau duit itu adalah milik rakyat. Peruntukan kepada wakil rakyat sepatutnya sama diantara wakil parti kerajaan dan wakil dari parti pembangkang.

Menurut Tun Mahathir, kerajaan terdahulu telah memperuntukan sebanyak RM 400 juta kepada Kelantan, RM 200 juta kepada Terengganu dan Kedah tanpa syarat walaupun negeri-negeri ini adalah negeri yang diperintah oleh pembangkang. Isu 3R dan MOU sebenarnya bertujuan untuk tutup mulut rakyat dan wakil rakyat mereka.

Menurut Tun Mahathir lagi, tidak ada keperluan memperkenal aturan-peraturan di luar undang-undang (Extra Judicial) untuk kestabilan dan kemajuan Negara. Kenapa apabila PMX ambil alih tampok kerajaan baharulah extra judicial aturan-peraturan diperkenalkan ? Dengan 3R mulut rakyat ditutup. katanya.

Malaysia telah pun merdeka sejak 68 tahun yang lalu. walaupun sebelum ini Malaysia atau Malaya pernah dijajah tetapi semua itu telah pun berlalu dan telah diselesaikan melalui undang-undang yang telah termaktub didalam perlembagaan negara dan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Sebenarnya ia bertentangan dengan demokrasi dan perlembagaan. Menahan rakyat dari berkata-kata samalah seperti menghalang kebebasan bersuara. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku didalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Walau bagaimanapun, beliau melihat wakil rakyat didalam dewan tetap terus bebas.
Isu 3R tidak mampu untuk menutup mulut mereka.

Rakyat boleh menolak orang yang menimbulkan kebencian atau yang suka berucap berbau hasutan. Dalam isu ini, yang patut membuat tafsiran dan yang bertindak adalah rakyat dengan cara menolak sewaktu pilihan raya kerana itu adalah hak rakyat. Sewaktu pilihan raya, penentunya adalah rakyat. bukan kerajaan.

Tun Mahathir berkata lagi, 3R dan MOU sebenarnya bertujuan untuk tutup mulut rakyat dan wakil mereka. Seolah-olah kerajaan boleh melakukan kezaliman dengan sewenang-wenangnya. ini termasuk mencuri duit Kerajaan ataupun  menipu didalam PRU.

Sekarang ditambah secara extra judicial aturan-peraturan (MOU) yang kononnya bertujuan menstabilkan negara. Dengan itu wakil rakyat juga tidak boleh  sentuh isu 3R didalam dewan. Inilah diantara perkara  yang boleh dilakukan oleh kerajaan jika MOU ditandatangani oleh wakil rakyat Pembangkang.

Konon MOU bertujuan untuk menghapus kebencian (hate) dan perkauman oleh wakil rakyat di Parlimen. Sekiranya benar Ahli Parlimen pembangkang berucap berbau perkauman, perkara tersebut boleh sahaja ditegur oleh Speaker untuk tidak meneruskan ucapan.

Diakhir penulisannya, Beliau menggesa supaya menolak MoU dan tolak 3R. Pertahankan Rule Of Law. Kembali dan hormati perlembagaan Malaysia dan hentikan extra judicial aturan-peraturan.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: