
Kuala Lumpur, 27 Okt 2024, 9.00 malam – DUA pegawai kanan yang bertugas di sebuah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, semalam.
Suspek dipercayai menerima rasuah sebagai balasan untuk berpakat melantik beberapa pembekal dalam urusan perolehan secara pembelian terus dan sebut harga bagi pembekalan bahan mentah penyelenggaraan dan pembaikan sekolah-sekolah di sekitar Kudat, bernilai RM600,000.
Perintah reman selama empat hari bermula semalam sehingga 30 Oktober 2024 terhadap kesemua suspek dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Dzul Elmy Yunus.
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Masyarakat Akan Rasa Terkilan Apabila Pesakit Mental Dianggap”Kebal” Dari Dakwaan?