Masyarakat Akan Rasa Terkilan Apabila Pesakit Mental Dianggap"Kebal" Dari Dakwaan?
Masyarakat tidak akan ada kenyakinan lagi untuk merasa selamat baik diatas jalan raya, dirumah atau pun dimana-mana sahaja kerana jika mati atau cedera tiada lagi pembelaan yang wajar kerana perbuatan pesakit mental dianggap tidak disengajakan atau tidak sedarkan diri sewaktu melakukan sesuatu.

Kuala Lumpur, 27 Okt 2024, 3.00 petang – MENGAPA individu yang mengalami masalah kesihatan mental ini ‘kebal’ dari didakwa oleh undang-undang dan bebas daripada dikenakan hukuman mengikut kesalahan yang telah mereka lakukan? Bagaimana dengan pengawasan dari keluarga sekiranya mereka dirawat atau dibiar tinggal dirumah? Jadi sekiranya pesakit mental tidak dapat didakwa kerana mereka diketegorikan sebagai tidak waras, penjaga seharusnya didakwa kerana cuai mengawal pesakit mental sehingga menyebabkan kematian pada orang lain.

Rakyat Malaysia kini menumpu kepada peristiwa yang menimpa keluarga penuntut Universiti Teknologi Mara (UITM) kampus cawangan Dungun yang maut akibat dirempuh oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita yang didakwa sebagai seorang pesakit mental. Menurut laporan yang diterima, wanita tersebut tinggal dirumah dan diawasi oleh keluarganya.

Kejadian dikatakan berlaku apabila suami wanita itu sedang mendirikan solat dan terlupa untuk sembunyikannya kunci kereta. Wanita berkenaan berjaya mengambil kunci tersebut dan terus memandu keluar seterusnya berlaku insiden melanggar 4 pelajar UITM Dungun yang menyebabkan kematian 3 daripada 4 pelajar dan seorang cedera parah.

Kesimpulannya disini, penjaga atau suami wanita tersebut boleh dianggap lalai walaupun bukan sengaja mahu meletakkan kunci kereta di merata tempat tanpa disembunyikan. Kematian yang berlaku amat menyayat hati dan ia menimbulkan berbagai persoalan kepada orang ramai mengapa wanita yang dikata mempunyai penyakit mental dibiarkan berkeliaran dan tidak diletakkan dihospital penyakit mental untuk diberi rawatan dan pengawasan?

Amat tidak adil kepada keluarga mangsa yang kematian anak-anak akibat kecuaian pihak lain. Alasan untuk melepaskan seseorang yang mendatangkan kemudharatan kepada orang lain bukanlah satu perkara baharu kerana banyak kejadian seperti ini berlaku sebelum ini, bahkan pernah menyebabkan kematian akibat dibunuh oleh pesakit mental.

Walau apa pun alasannya, perlu ada satu sebab yang lebih munasabah untuk tidak menghukum pesakit mental yang mendatangkan kematian dan kecederaan atau masalah pada orang lain. Sekiranya tiada pembelaan yang adil untuk keluarga mangsa dari perbuatan pesakit mental, maka masyarakat tidak akan ada kenyakinan lagi untuk merasa selamat walau dimana-mana pun baik diatas jalan raya, dirumah atau pun dimana-mana sahaja kerana jika mati atau cedera tiada lagi pembelaan yang wajar kerana perbuatan pesakit mental dianggap tidak disengajakan atau tidak sedarkan diri sewaktu melakukan sesuatu.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Akta Baharu Tahanan Rumah, Beri Peluang Kedua Buat Pesalah Kes Ringan ?