
Kuala Lumpur, 13 Okt 2024, 12.00 malam – SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Football Association of Malaysia akan menganjurkan Seminar Antirasuah Bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (Mencegah Ketirisan Dalam Pengurusan Dan Penyaluran Dana) bagi berkongsi idea dan bersama menangani risiko rasuah dalam pengurusan dan penyaluran dana pembangunan sukan. Seminar ini akan melibatkan FAM dan persatuan bola sepak negeri.
Rasuah didalam pengurusan bola sepak negara pernah mengemparkan negara pada tahun 1994. Dikatakan ramai pemain dan jurulatih telah dibayar untuk mengatur perlawanan. Apakah maksud “Mengatur perlawanan” Ia merupakan tindakan sengaja sesuatu pihak atau individu untuk memberi kelebihan kepada pihak berkepentingan. Pada masa itu peminat telah meletakkan seratus peratus kesalahan kepada pasukan pengurusan FAM sebagai penyebab kepada kejatuhan bola sepak Malaysia.
Justeru itu, tindakan SPRM dan FAM untuk mengada kerjasama bagi membanteras rasuah dalam pengurusan dan penyaluran dana pembangunan sukan merupakan tepat pada masanya. Semoga dengan penganjuran ” Seminar Antirasuah Bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia ” adalah langkah yang terbaik.
#SPRMPencegahan
#SPRMMalaysia
#Prezcom