Lapangan Terbang Diseluruh Negara Akan Dipantau Rapi Oleh SPRM.
Semua lapangan terbang di seluruh negara akan dipantau rapi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kuala Lumpur, 29 Okt 2024, 11.00 malam – KETUA Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki  berkata, semua lapangan terbang diseluruh negara akan dipantau rapi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) bagi membanteras aktiviti membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa.

Kuala Lumpur International Airport (KLIA) adalah pintu masuk pengembara dari seluruh dunia dengan jumlah yang paling tinggi. Untuk menggelakkan dari KLIA dijadikan tempat aktiviti membawa masuk warga asing secara haram seperti yang berlaku baru-baru ini, pihak SPRM telah menumpukan pemantauan di Lapangan Terbang tersebut.

Sebelum ini SPRM telah menahan 60 individu termasuk 50 pegawai agensi penguatkuasa yang disyaki terlibat dalam kegiatan ‘counter setting’ di pintu masuk negara menerusi Op Pump, Op Pump 2.0 dan Op Setting yang dijalankan sejak 20 Ogos lalu.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Diarah Membela Diri Bukan Bermakna Najib Sudah Bersalah.