
Kuala Lumpur. 30 Okt 2024, 9.00 malam – PRESIDEN UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa beliau yakin Datuk Seri Najib berada dipihak yang benar. Keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya Najib membela diri diatas pertuduhan yang dihadapi tidak bermakna beliau terbukti bersalah.
Datuk Seri Zahid yang mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkata, beliau dan seluruh kepimpinan serta ahli Umno akan terus memberikan sokongan untuk memastikan Datuk Seri Najib mendapat pembelaan yang adil.
Walau seburuk mana pun keputusan yang diterima oleh Umno dan BN pada masa ini, rasa hormat kepada undang-undang tetap kukuh dan tidak berbelah bagi. Pada pandangan Datuk Seri Zahid, tiada niat untuk mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah dapat membuat prima facie terhadap kes Datuk Seri Najib
Sebagai seorang sahabat yang setia kepada bekas perdana menteri itu, Datuk Seri Zahid berharap dalang sebenar yang membuat penyelewengan ini akan dibawa ke mahkamah untuk membersihkan nama Datuk Seri Najib. Seluruh ahli Umno dan BN juga turut mendoakan agar Datuk Seri Najib diberi kekuatan untuk menempuh cabaran buat masa kini dan akan datang.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Kalau Minyak Masih Berjaya Diseludup Ke negara Jiran, Penguatkuasa Akan Dipersalahkan