Kalau Minyak Masih Berjaya Diseludup Ke negara Jiran, Penguatkuasa Akan Dipersalahkan
Walaupun pintu masuk negara begitu ketat dikawal, tetapi masih juga mampu dibolosi oleh para penyeledup yang membawa keluar stok minyak masak ke negara jiran.

Kuala Lumpur, 29 Okt 2024, 3.00 petang – SUDAH terjawab sedikit persoalan kemana hilangnya minyak masak atau tidak cukup dipasaran apabila menjelang hari Deepavali tidak berapa hari lagi. Walaupun pintu masuk negara begitu ketat dikawal, tetapi masih juga mampu dibolosi oleh para penyeledup yang membawa keluar stok minyak masak ke negara jiran. Kalau minyak masak masih berjaya diseludup keluar ke negara jiran, agensi penguatkuasa disempadan kemungkinan akan dipersalahkan oleh rakyat kerana dianggap lemah atau tidak fokus pada tugas.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan bersama Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan, telah menjumpai beratus kotak yang didakwa mengandungi 18, 700 minyak masak paket dalam sebuah lori yang terbabas di tepi jalan tanpa pemandu.

Minyak masak paket tersebut dianggarkan bernilai RM46,750 dipercayai cuba untuk diseludup ke negara jiran. Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan ialah RM206,750 dan kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurut Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid , rampasan pada jam 4 petang itu dilakukan semasa memeriksa sebuah pangkalan haram menerusi Op Taring Wawasan di pangkalan haram Ayam, Kampung Terusan di Rantau Panjang. Kesemua barangan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Jelawat, Bachok untuk tindakan selanjutnya.

Apabila berpuluh kali cubaan untuk membanteras penyeludupan terutama barangan yang dikawal oleh kerajaan masih tidak dapat ditumpaskan sepenuhnya, berbagai spekulasi timbul di minda rakyat iaitu penguatkuasaan di sempadan dianggap lemah atau pun mungkin ada pakatan diantara penguatkuasa dan penyeludup.

Apabila rakyat mulai marah disebabkan barang keperluan seperti minyak masak secara tiba-tiba hilang dari pasaran negara, maka tidak ada apa- apa yang boleh menghentikan cacian dan kritikan terhadap agensi yang bertanggungjawab. Pihak berkuasa perlu lebih tegas supaya pintu sempadan negara tidak mudah dibolosi oleh penyeludup.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Hab Pengkomersialan Barangan Dan perkhidmatan Hasil R&D Tempatan.