
Kuala Lumpur, 29 Okt 2024, 9.00 malam – PROGRAM MySTI merupakan inisiatif kerajaan untuk memperkukuh pengkomersialan hasil R&D teknologi dan inovasi tempatan. Barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan melalui aktiviti R&D tempatan boleh dikenal pasti melalui penandaan logo MySTI. Barangan dan perkhidmatan yang memperolehi logo dan sijil MySTI akan diberikan keutamaan dalam perolehan Kerajaan.
Inisiatif Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudahcara (DMM) oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) pula merupakan sebahagian daripada sokongan terhadap inisiatif MySTI yang menyediakan pembiayaan kepada syarikat-syarikat tempatan untuk menguji, memperkembang, dan mengkomersialkan produk berasaskan teknologi tempatan.
Apakah Yang Diperlukan Dan Cara Untuk Menyertai MySTI?
1. ASAS KELAYAKAN
- Syarikat Tersebut Telah Pun Di perbadankan Dibawah Akta Syarikat 2016
- Memiliki Minimum 51% Ekuiti Yang Dipegang Oleh Rakyat Malaysia
- Syarikat Telah Mendapat Pensijilan Logo MySTI Dan Telah Pun Mendaftar Dengan E-Perolehan Kementerian Kewangan
- Syarikat Mestilah Berkelayakan Untuk Menyertai Perolehan Kerajaan Dan Telah Menerima Tawaran Untuk Menghasilkan Produk Atau Perkhidmatan Untuk Kerajaan.
2. PROSES DAN PEMANTAUAN
- Tiada Yuran Proses Dikenakan Kepada Pemohon
3. JUMLAH PEMBIAYAAN
- 70% Atau RM0.5m Akan Diberikan Dalam Bentuk Dana Untuk Harga Projek Tertakluk Kepada Yang Lebih Rendah
4. TEMPOH MASA PEMBIAYAAN
Tempoh Masa Untuk Pembiayaan Projek Adalah Diantara 3 Bulan Hingga 12 Bulan Sehingga Aktiviti Perolehan Kerajaan Selesai Sepenuhnya
5. CARA PEMBIAYAAN
Jumlah Yang Dibiayai Adalah Didalam Bentuk Pemberian Tetapi Boleh Dipertimbangkan Untuk Ditukar Sebagai Saham Setelah Pegangan Projek Berakhir.
6. SKOP PEMBIAYAAN
- Harga Pendaftaran Produk & Kawal Selia Pematuhan – Bergantung Kepada Peraturan Kementerian Yang Berkenaan
- Modal Perbelanjaan – Pembelian Mesin Dan Peralatan
- Kos Pengeluaran – Bahan Mentah
- Harta Intelek
- Kos Penyumberan Luar
- Menaik Taraf Produk / Harga Perkhidmatan
Untuk Keterangan Lanjut
E: devfund@mtdc.com.my
Akaun Persaraan KWSP Tidak Boleh Digunakan Untuk Membuat Ibadah Haji.