
Kuala Lumpur, 29 Okt 2024, 9.00 pagi – TIMBALAN Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata, kerajaan tidak membenarkan sebarang pengeluaran dari Akaun Persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) termasuk untuk melakukan Ibadah Haji dan untuk tujuan lain juga.
Ini merupakan langkah untuk memastikan pencarum mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 demi untuk meneruskan hidup dimasa akan datang.
Kepada ahli KWSP yang yang berusia dibawah 55 tahun yang ingin menunaikan haji, mereka digalakkan untuk mengguna Akaun Sejahtera yang mula diperkenalkan sejak 2013 dan ahli tersebut telah terpilih untuk mengerjakan ibadah haji oleh Lembaga Tabung Haji (TH).
Lim Hui Ying memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebanyak 6,070 permohonan pengeluaran haji daripada Akaun Sejahtera diluluskan dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM16.7 juta, bersamaan dengan purata RM2,759 bagi setiap permohonan.
Hui Ying juga turut menjelaskan bahawa Akaun Persaraan yang dulu dikenali sebagai akaun 1 adalah untuk simpanan persaraan dihari tua iaitu 75% dari jumlah keseluruhan pencaruman.
Mengulas lanjut, Hui Ying berkata, jumlah daripada Akaun Sejahtera adalah berbeza daripada jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun TH ahli ketika menerima tawaran haji serta tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 atau baki Akaun Sejahtera.
Sekiranya masih tidak mencukupi, bakal haji boleh membuat pengeluaran dari Akaun Fleksibel.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Menteri Pelancongan Perlu Dipecat Kerana Hanya Tumpu Kepada Pelancong China Sahaja?