
Kuala Lumpur, 28 Okt 2024, 28 Okt 2024, 11.00 malam – SEBUAH parti politik yang sering lantang menyuarakan mengenai kepentingan orang Melayu telah membuat gesaan supaya Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing meletakkan jawatan atau dipecat kerana dikatakan gagal mempertahankan kedaulatan negara dan dilihat hanya menumpukan kepada pelancong China Sahaja.?
Menurut parti BERJASA, Malaysia memerlukan ahli Kabinet yang setia dan cintakan negara bukan seorang ahli Kabinet yang lebih mementingkan warga negara luar dan bersikap angkuh bila berkata-kata. King Sing sentiasa dilihat memberi tumpuan kepada pelancong dari negara China berbanding warga pelancong negara lain dan akan mengeluarkan pendapat yang memihak kepada rakyat negara tersebut apabila terdapat isu yang berbangkit mengenai mereka.
Menurut Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif, King Sing bertindak seolah-olah mementingkan kedatangan pelancong dari China dari menjaga kedaulatan negara. King Sing hanya mengambil berat mengenai pelancong dari China sahaja. Mengapa dia tidak memberi perhatian untuk membawa lebih banyak pelancong dari negara lain? Apakah kepentingan pelancong China kepada Malaysia?
Seharusnya sebagai menteri yang diberi tanggungjawab dalam soal menjaga keamanan pelancong yang masuk ke Malaysia sepatutnya perlu melakukan sama rata terhadap pelancong dari berbagai negara lain. Paling utama adalah mempromosikan seni dan kebudayaan negara seperti yang diamanahkan. Bukan hanya menjaga kebudayaan dari negara luar seperti China. Perlu menjaga kepentingan negara sendiri bukannya kepentingan negara luar.
Mohd Hamdan merujuk kepada satu kenyataan yang dibuat iaitu tindakan agresif rakyat Malaysia dalam isu upacara keagamaan yang melibatkan warga China akan menyebab industri pelancongan negara kerugian. Satu kenyataan yang ternyata memihak kepada pelancong China.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: