Kerajaan Perlu Membuat Pemutihan Warga Asing Dengan Maksimum Dan Dengan Kadar Segera.

Kerajaan Perlu Membuat Pemutihan Warga Asing Dengan Maksimum Dan Dengan Kadar Segera.

Kuala Lumpur, 29 Jan 2025, 2.00 petang – PENGERUSI Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia Mohd Nor Izzat Mohd Johari, menyarankan supaya kerajaan Malaysia dengan segera melakukan pemutihan berskala besar bagi memastikan warga asing yang tinggal di Malaysia merupakan pendatang yang mempunyai dokumen dan berdaftar didalam bidang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat atau kilang serta sektor […]

Kini Warga Asing Sudah Mempunyai Klinik Haram Yang Dijalankan Oleh Doktor Palsu.

Kini Warga Asing Sudah Mempunyai Klinik Haram Yang Dijalankan Oleh Doktor Palsu.

Kuala Lumpur, 26 Jan 2025, 9.00 malam – DALAM satu operasi khas yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia ( JIM ) mereka telah membuat serbuan kepada 10 premis di ibu kota yang dipercayai beroperasi sebagai klinik secara tidak sah disisi undang-undang sejak setahun lalu dan turut menahan 10 lelaki warga Bangladesh yang menyamar sebagai doktor […]

Malaysia Lebih Dihargai Oleh Warga Asing Berbanding Rakyat Sendiri??

Malaysia Lebih Dihargai Oleh Warga Asing Berbanding Rakyat Sendiri??

Kuala Lumpur, 13 Dec 2025, 9.00 malam – ADAKAH benar seperti yang dikatakan oleh segelintir rakyat Indonesia yang telah lama tinggal di Malaysia iaitu negara ini merupakan negara yang stabil dan aman damai sejak mencapai kemerdekaan dahulu sehingga lah sekarang.? Pada pandangan rakyat Indonesia yang pernah mendiami bumi Malaysia ini, mereka berpendapat peluang perkerjaan dan […]

Amaran Keras Oleh Pihak Polis Dan JPJ Terhadap Individu Yang Membenarkan Kenderaan Dipandu Warga Asing Tanpa Lesen

Kuala Lumpur, 2 Dec 2024, 12.00 tengahari – JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengesan terdapat sebanyak 1,530 notis yang dikeluarkan terhadap pemandu atau penunggang motosikal yang melibatkan Warga Asing (PeWA). Untuk  itu, amaran keras telah dikeluarkan oleh pihak polis dan JPJ terhadap individu yang membenarkan kenderaan mereka dipandu warga asing tanpa lesen. Membiarkan warga asing memandu […]

Nak Bayar KWSP Perkerja Tempatan Pun Majikan Merungut, Inikan Pula Nak Bayar KWSP Warga Asing?

Nak Bayar KWSP Perkerja Tempatan Pun Majikan Merungut, Inikan Pula Nak Bayar KWSP Warga Asing?

  Kuala Lumpur,4 Nov 2024. 9.00 malam –  PERLAKSANAAN gaji minimum RM1,700 dilihat akan menyukarkan majikan yang terpaksa menanggung kenaikan gaji sebanyak RM200 seperti yang disarankan oleh kerajaan, dan pada masa yang sama terpaksa membayar caruman KWSP kepada pekerja asing. Mengikut perkiraan KWSP sekarang, caruman yang dibayar oleh majikan adalah 13 peratus daripada gaji asal, […]

JIM Selamatkan 5 Amah Warga Asing. Dalang Sindiket Dan Ejen Haram Dikenal Pasti.

JIM Selamatkan 5 Amah Warga Asing. Dalang Sindiket Dan Ejen Haram Dikenal Pasti.

Kuala Lumpur, 31 Okt 2024, 9.00 malam – JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) telah menyelamatkan empat wanita warganegara India dan seorang wanita warganegara Indonesia dalam satu sebuan yang dijalankan disebuah rumah di Klang Selangor. Mengikut maklumat yang diterima, amah-amah tersebut merupakan mangsa eksploitasi buruh paksa oleh sebuah ejen pembantu rumah yang tidak berdaftar dan berlesen. Sindiket […]

Ada Kebaikannya Juga Gaji Pekerja Asing Dan Gaji Pekerja Tempatan Sama Banyak.

Ada Kebaikannya Juga Gaji Perkerja Asing Dan Gaji Perkerja Tempatan Sama Banyak.

Kuala Lumpur, 21 Okt 2024, 12.00 malam – PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 semalam mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan berkuat kuasa 1 Februari 2025. Rata-rata rakyat tidak bersetuju dengan dasar ini kerana ia dilihat lebih menguntungkan rakyat asing. Namun, dari sudut lain […]

100 Syarikat Didalangi Warga Bangladesh Rekrut Warga Asing

Kuala Lumpur, 10 Januari 2024, 10.00 malam – TERDAPAT 100 buah syarikat dikesan beroperasi di negara ini untuk membawa masuk rakyat dari negara Asia Selatan. Syarikat itu dipercayai didalangi warga Bangladesh dengan menawarkan pekerjaan meskipun tiada permintaan daripada majikan di Malaysia. Modus operandi syarikat adalah menggunakan rakyat Malaysia sebagai pemegang saham utama tetapi  tidak berfungsi […]

Tiada Kompromi Terhadap Pemilik Premis Sewa Lesen Dan Gaji Pendatang Asing

Kuala Lumpur, 23 December 2023, 10.00 malam – SEMUA pemilik premis di Kuala Lumpur diingatkan supaya mematuhi segala peraturan khususnya melibatkan warga asing yang telah ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) bagi mengelakkan risiko penarikan atau penggantungan lesen perniagaan masing-masing. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Wilayah Persekutuan ) Dr Zaliha Mustafa […]

Majikan Pening Kerana Calon Yang Datang Untuk Temuduga Tidak Memenuhi Syarat

  Kuala Lumpur, 2 Disember 2023, 11.54 tengahari – PRESIDEN Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, mereka banyak menerima banyak aduan daripada para majikan mengenai kesukaran mendapatkan pekerja berdasarkan kriteria yang diperlukan dan tidak memenuhi syarat. Masalah ini adalah disebabkan kriteria yang dikehendaki oleh para majikan tidak sesuai dengan kelulusan […]