Ada Kebaikannya Juga Gaji Perkerja Asing Dan Gaji Perkerja Tempatan Sama Banyak.
Menurut PGM yang disediakan Sekretariat Majlis Perundingan Gaji Negara dasar gaji minimum hendaklah tidak mendiskriminasi seseorang pekerja atas alasan kewarganegaraan selaras Konvensyen ILO No.100: Equal Remuneration yang diratifikasikan oleh Malaysia pada 1997.

Kuala Lumpur, 21 Okt 2024, 12.00 malam – PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 semalam mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan berkuat kuasa 1 Februari 2025. Rata-rata rakyat tidak bersetuju dengan dasar ini kerana ia dilihat lebih menguntungkan rakyat asing. Namun, dari sudut lain pula dilihat ada kebaikannya juga gaji pekerja asing dan gaji perkerja tempatan sama banyak kerana  jika gaji minima pekerja asing didapati lebih rendah maka majikan akan lebih cenderung untuk mengupah mereka memandangkan kos untuk membayar gaji mereka lebih rendah.

Datuk Seri Anwar berkata lagi, menurut PGM yang disediakan Sekretariat Majlis Perundingan Gaji Negara dasar gaji minimum hendaklah tidak mendiskriminasi seseorang pekerja atas alasan kewarganegaraan selaras Konvensyen ILO No.100: Equal Remuneration yang diratifikasikan oleh Malaysia pada 1997.

Majikan wajib membayar kadar gaji minimum kepada pekerja walaupun pekerja bersetuju untuk majikan membayar gaji pokok lebih rendah daripada gaji minimum selaras Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732),” menurut FAQ berkenaan.

Banyak perkara yang membuatkan para majikan di Malaysia lebih memilih untuk mengupah pekerja asing berbanding rakyat tempatan kerana banyak pakej dan kemudahan yang perlu diberikan kepada rakyat tempatan mengikut udang-udang yang sedia ada yang termaktub mengikut jabatan buruh dan Kementerian Sumber Manusia.

Dengan persetujuan untuk memberi kadar gaji yang sama rata diantara pekerja asing dan rakyat tempatan, diharap, majikan akan lebih memilih untuk mengupah perkerja tempatan kerana dengan cara ini dapat mengurangkan penghijrahan beramai-ramai warga asing ke negara kita sekiranya sektor pekerjaan telah mula dipelopori kembali oleh rakyat Malaysia.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

“Saya Ahli Kabinet Pertama Akan Menentang Jika Suara Ahli Akedemik Disekat.”