"Saya Ahli Kabinet Pertama Akan Menentang Jika Suara Ahli Akedemik Disekat
Zambry berkata, sekiranya berlaku sekatan untuk bersuara dan memberi pandangan oleh para ahli akedemik, beliau merupakan orang pertama didalam kabinet yang akan bangun untuk menentang demi kebebasan para ahli akedemik untuk melontarkan pandangan.

Kuala Lumpur, 21 )kt 2024, 9.00 malam – MENTERI  Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir,  memberi jaminan bahawa ahli akedemik bebas untuk bersuara dan memberi pandangan tetapi ianya perlu penuh dengan hasil penyelidikan,  bukti dengan ilmu dan fakta. Sekiranya berlaku sekatan untuk bersuara dan memberi pandangan, beliau merupakan orang pertama didalam kabinet yang akan bangun untuk menentang demi kebebasan para ahli akedemik untuk melontarkan pandangan.

Sebelum itu Zambry meminta supaya semua pihak memahami apa sebenarnya yang cuba disebut didalam memo oleh UKM itu, adakah ia bermaksud mengongkong atau menghalang ? Perkara itu disebut olehnya sewaktu merasmikan Konvensyen Akedemia 2024 anjuran Akedemi Professor Malaysia Putrajaya.

Menurut Zambry, Universiti merupakan tempat yang berlainan dan tidak seperti perkhidmatan  awam  yang lain. Ia tidak sama dari segi budaya dan eko-sistem. Oleh itu, setiap arahan yang diberi ditafsirkan sebagai mengekang hak dan juga kebebasan akedemik didalam sebuah universiti.

Sebelum ini di laman x, Dr Maszlee ada membuat pendedahan mengenai seorang sahabatnya yang ada menerima memo tersebut yang terkandung mengenai peringatan kepada semua ahli akedemik supaya tidak membuat sebarang kenyataan termasuk di media sosial melainkan mendapat kebenaran untuk berbuat demikian.

Menurut Maszlee peringatan tersebut disampai kan daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar melalui mesyuarat pengurusan Jabatan Perdana Menteri 2024. Sekiranya ingkar kepada arahan, tindakan akan diambil.

Sebelum di laman X, Maszlee berkata, beliau membangkitkan isu berkaitan Akta 605 yang perlu dipinda untuk memberi kebebasan kepada ahli akademik. Menurut Zambry, mengenai dakwaan bahawa Akta 605 menyekat kebebasan ahli akademi, beliau akan meneliti perkara itu.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

TVET Penting Untuk Lahirkan Perkerja Berkemahiran Tinggi Negara.