
Kuala Lumpur, 21 Okt 2024, 6.00 petang –PRESIDEN Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) , Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman pernah menyarankan agar kerajaan menaik taraf program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), bagi meningkatkan peratusan pekerja berkemahiran tinggi kepada 35 peratus menjelang 2025. Diantara sebabnya adalah, TVET penting untuk melahirkan pekerja berkemahiran tinggi yang kini banyak dikuasai oleh pekerja asing.
Ini merupakan satu sebab mengapa Kerajaan Perpaduan dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan supaya ramai pelajar dan golongan remaja dihari ini mempelopori bidang TVET ini kerana jawatan yang sepatutnya disi oleh rakyat tempatan tidak dapat dipenuhi kerana ramai diantara perkerja tempatan tiada kepandaian untuk mengendalikan berbagai perkara kerana tiada pengetahuan dibidang tersebut.
Laporan oleh sebuah akhbar tempatan pada Oktober tahun lalu, menyiarkan bahawa Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menerima banyak aduan daripada para majikan mengenai kesukaran untuk mendapatkan pekerja berdasarkan kriteria yang diperlukan.
Ini adalah disebabkan ketidaksempadanan dengan kemahiran yang dicari oleh majikan terutama disektor perkilangan dan pertanian dimana begitu kurangnya pekerja mahir dari kalangan rakyat tempatan yang boleh mengendalikan mesin ringan atau berat kerana tidak diajar disekolah atau dipusat pengajian tinggi awam dan swasta yang lebih mementingkan bidang akedemik iaitu perkerjaan di pejabat dan disuasana yang lebih tenang, tidak panas, tidak kotor dan tidak merbahaya.
Apabila majikan terpaksa mengambil perkerja tempatan yang tiada kemahiran dan tiada pengalaman dalam pengendalian mesin atau sebagainya, ini akan mengundang rasa tidak puas hati terhadap majikan. Majikan akan merasa kerugian kerana tiada kemahiran yang boleh diperolehi dari perkerja tempatan dan mereka terpaksa mengambil keputusan yang tidak memihak kepada perkerja tempatan negara.
Diantara keputusan yang diambil oleh para majikan adalah meminta supaya perkerja meletakkan jawatan, membuang perkerja atau tiada insentif yang ditawarkan seperti kenaikan gaji tahunan, bonus dan pakej lain yang disediakan untuk kemudahan perkerja. Ini merupakan salah satu strategi para majikan untuk tidak menyambung tempoh perkerja yang tiada berkemahiran dan dengan sendirinya pekerja akan meletakkan jawatan.
Apabila pemberhentian perkerja berlaku, ini akan mengundang kepada penggangguran yang tinggi dan sekali gus akan merugikan negara kerana majikan terpaksa mengupah pekerja asing yang lebih berpengetahuan didalam selok belok mesin dan tenaga buruh yang menepati kriteria majikan. Biasanya permintaan tinggi terhadap perkerja asing berlaku disebabkan kemahiran mereka, maka akan berlaku pula lambakan pendatang asing yang menguasai pasaran kerja negara.
Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, rakyat tempatan juga tidak berminat untuk mengisi kekosongan untuk jawatan yang dianggap sebagai pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar). Tidak seperti perkerja asing yang biasa berkerja didalam suasana sukar oleh itu mereka lebih pandai didalam semua perkara baik didalam teknologi perisian komputer mahu pun sektor buruh.
Menurut Dr Syed Hussain, Memang wujud isu ketidaksepadanan kelulusan dan kemahiran yang dimiliki graduan baru dengan apa yang diperlukan pasaran kerja. Ini berpunca daripada bidang yang dipelajari tidak sempadan dengan kemahiran yang diperlukan dizaman ini. Tidak hairanlah jika berlaku lambakan graduan yang mengganggur atau berkerja menjadi jurujual di Mall dan pasaraya-pasaraya atau menjadi pelayan dipremis makanan atau menjadi food rider disebabkan begitu kurang permintaan di pasaran kerja untuk bidang yang dipelajari.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Kerajaan Perlu Pertahankan Dan Pelihara Hak Kebebasan Bersuara Rakyat.