Kerajaan Perlu Membuat Pemutihan Warga Asing Dengan Maksimum Dan Dengan Kadar Segera.
Akibat dari kedatangan warga asing yang tiada henti sama ada masuk secara sah atau secara haram, warga tempatan menjadi bimbang kerana telah berlaku berbagai jenayah yang melibatkan warga asing seperti merompak, membunuh, pecah rumah dan berbagai jenayah lain.

Kuala Lumpur, 29 Jan 2025, 2.00 petang – PENGERUSI Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia Mohd Nor Izzat Mohd Johari, menyarankan supaya kerajaan Malaysia dengan segera melakukan pemutihan berskala besar bagi memastikan warga asing yang tinggal di Malaysia merupakan pendatang yang mempunyai dokumen dan berdaftar didalam bidang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat atau kilang serta sektor lain. Perkara perlu di laksanakan bagi membendung kebanjiran lebih ramai lagi pendatang asing ke Malaysia. Apa yang diperlukan hanya warga asing yang mempunyai pekerjaan yang sah sahaja yang berada di Malaysia.

Akibat dari kedatangan warga asing yang tiada henti sama ada masuk secara sah atau secara haram, warga tempatan menjadi bimbang kerana telah berlaku berbagai jenayah yang melibatkan warga asing seperti merompak, membunuh, pecah rumah dan berbagai jenayah lain. Selain itu ada juga yang terlibat dengan dadah dan menjadi pengusaha premis-premis haram yang menjual arak dan mendirikan rumah-rumah pelacuran di bandar-bandar besar.

Baru-baru ini Kementerian Sumber Manusia ada memaklumkan bahawa kedatangan warga asing di negara ini telah melebihi dari jumlah yang diperlukan dan yang ditetapkan.

Malaysia menjadi tumpuan warga asing untuk membina kehidupan kerana di Malaysia terdapat pekerjaan yang banyak di dalam berbagai bidang dan peluang untuk berniaga. Oleh sebab itu ramai di antara pendatang asing tidak mahu pulang ke negara asal setelah tamat tempoh dengan melarikan diri dari majikan dan hidup bebas sebagai pendatang haram di merata-rata tempat di Malaysia.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Mana Lebih Menguntungkan Peniaga ? Makanan Jualan Ditepi Jalan Atau Di Restoran?