Mana Lebih Menguntungkan, Peniaga Makanan Ditepi Jalan Atau Di Restoran?
Keadaan inflasi yang semakin tinggi dan kesan dari kejatuhan ekonomi akibat pandemik COVID-19 dan peningkatan harga barang-barang runcit, ramai akan memilih melanggan makanan yang dijual di tepi jalan demi langkah berjimat-cermat. Ini juga disebabkan makanan yang dijual di tepi jalan lebih murah.

Kuala Lumpur, 28 Jan 2025, 10.00 malam – NAMA Malaysia sememangnya sudah terkenal diseluruh dunia kerana mempunyai pelbagai jenis makanan yang sedap dan setiap peniaga makanan di Malaysia gemar untuk menghasilkan resepi yang baharu dari berbagai bahan dengan tujuan untuk menarik pelanggan membeli di kedai atau di restoran mereka. Bukan sahaja pelbagai makanan, pelbagai harga juga dari yang paling tinggi dan paling rendah boleh didapati tetapi walau apa pun rasanya tetap lazat dan murah dari kaca mata pelancong asing.

Keadaan inflasi yang semakin tinggi dan kesan dari kejatuhan ekonomi akibat pandemik COVID-19 dan peningkatan harga barang-barang runcit, ramai akan memilih melanggan makanan yang dijual di tepi jalan demi langkah berjimat-cermat. Ini juga disebabkan makanan yang dijual di tepi jalan lebih murah jika dibandingkan dengan harga di restoran. Maka tidak hairanlah jika dilihat, setiap masa tidak kira waktu, orang ramai akan mengunjungi gerai-gerai di tepi jalan untuk membeli makanan kerana selain dari harga yang berpatutan pembeli juga dapat membuat pilihan kerana terdapat berbagai kuih muih dan makanan panas yang boleh didapati dengan segera.

Bagi orang ramai yang tinggal dikawasan bandar, mereka akan merasa lebih selesa dan cepat dengan hanya berhenti di bahu jalan sahaja untuk mendapatkan makanan yang telah siap dan murah. Selain dari itu kelebihan gerai-gerai ditepi jalan ini, turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi dan menaikkan taraf hidup peniaga itu sendiri yang mungkin sebelum ini merupakan orang miskin dan dari golongan B40. Ramai rakyat dari pantai timur yang datang ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur untuk memulakan perniagaan dan ramai diantara mereka yang berjaya mengubah taraf kehidupan dari golongan yang menerima bantuan kerajaan kepada golongan yang menyumbang kepada wang ringgit sebagai sedekah atau zakat kepada golongan yang susah.

Walau bagaimana pun, pelanggan dan orang ramai perlu peka terhadap keadaan keliling gerai-gerai tersebut dan tahap kebesihan dan keselamatan adakah selamat untuk dibeli dan dimakan. Perkara ini penting kerana kebanyakkan persekitaran gerai-gerai tersebut biasanya tiada kemudahan seperti paip air dan kadang kala makanan yang dijual dihinggapi lalat dan ini boleh mengakibatkan keracunan makanan kepada pelanggan.

Disebabkan bimbang kepada tahap kebersihan, ramai juga pelanggan yang memilih untuk menjamu selera dengan makanan yang dijual di restoran atau kedai makan yang khas untuk jualan makanan kerana di sana kebersihan persekitaran lebih terjamin. Walau apa pun pilihan ditangan anda semua. Jika selesa dan yakin dengan tahap kebersihan di gerai-gerai di tepi jalan anda boleh terus berbelanja di kawasan tersebut, seandainya merasa ragu-ragu, carilah restoran atau kedai makanan khas untuk dibeli.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Kerja SPRM Dan FBI Berjaya Pulihkan USD20 Juta Berkaitan1MDB.