Malaysia Lebih Dihargai Oleh Warga Asing Berbanding Rakyat Sendiri??
Kualiti kehidupan di Malaysia jauh lebih bagus kerana kehidupan rakyat di Malaysia lebih teratur dan sikap hormat menghormati antara satu sama lain.

Kuala Lumpur, 13 Dec 2025, 9.00 malam – ADAKAH benar seperti yang dikatakan oleh segelintir rakyat Indonesia yang telah lama tinggal di Malaysia iaitu negara ini merupakan negara yang stabil dan aman damai sejak mencapai kemerdekaan dahulu sehingga lah sekarang.?

Pada pandangan rakyat Indonesia yang pernah mendiami bumi Malaysia ini, mereka berpendapat peluang perkerjaan dan perniagaan sentiasa meluas di Malaysia. Maka itu ramai rakyat Indonesia yang mahu terus menetap di Malaysia dan seterusnya memohon kerakyatan untuk menjadi penduduk tetap.

Rakyat Indonesia mengatakan kos sara hidup di Malaysia tidak jauh berbeza dengan negara mereka namun, yang membezakan kedua-dua nagara nusantara adalah peluang perkerjaan yang begitu banyak disemua sektor dan Malaysia juga telah lama mencapai ekonomi yang tinggi dan merupakan “harimau di Asia” yang sentiasa maju di dalam berbagai perkara.

Berbanding dengan Indonesia yang baharu sahaja mengecapi kenaikan ekonomi dan semakin maju, tetapi peluang untuk hidup lebih senang masih tidak boleh dicapai kerana peluang perkerjaan yang tidak luas memandangkan penduduknya terlalu ramai disetiap daerah dan kepulauan. Peluang perkerjaan yang kecil dan upah yang kecil serta mereka sentiasa bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan perkerjaan yang lebih baik.

Selain itu mereka merasakan kualiti kehidupan di sini jauh lebih bagus kerana kehidupan rakyat di Malaysia lebih teratur dan sikap hormat menghormati antara satu sama lain dan begitu jarang berlaku jenayah berat seperti pembunuhan dan rompakan yang ganas ???

Di Malaysia terdapat kemudahan awam yang bagus, tahap pendidikan yang lebih maju serta mempunyai persekitaran yang kondusif secara keseluruhannya. Penawaran gaji di sini lebih kompetitif dan mampu menampung kos sara hidup sambil menambung untuk masa depan.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Guna Logo Halal Syarikat Yang Telah Tutup Operasi Untuk Menjual Roti Sandwish.