Guna Logo Halal Syarikat Yang Telah Tutup Operasi Untuk Menjual Roti Sandwish.
Jika disabitkan dengan kesalahan, boleh didenda bagi syarikat, Didenda tidak melebihi RM200,000 manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM500,000 dan bagi individu didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya.

Kuala lumpur, 13 Jan 2024, 6.00 petang -Sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membuat serbuan kepada sebuah kilang pembuat roti sandwic di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor yang dipercayai telah menyalah guna logo halal pada 10 Januari 2025.

Serbuan yang dilakukan pada pukul satu tengahari itu, hasil aduan yang diterima oleh pihak JAKIM dan pada masa sama tersebar luas melalui aplikasi TikTok yang menggunakan logo halal yang meragukan pada produk roti sandwic yang dijual di beberapa premis terkemuka di Selangor dan Kuala Lumpur.

Siasatan mendapati, premis teraebut tidak memiliki kelulusan halal daripada pihak JAKIM dan logo halal yang terdapat pada plastik produk roti sandwic tersebut ialah logo halal yang dianugerahkan kepada syarikat lain yang telah menutup operasi serta telah pun menjual perniagaannya kepada syarikat yang diserbu.

Selain dari itu, sijil halal yang digunakan untuk menjual sandwish itu juga telah tamat tempoh iaitu pada 15 Oktober 2023.

Di dalam serbuan itu, KPDN turut menyita pelbagai jenis roti sandwich, komputer, mesin pencetak dan dokumen berkaitan perniagaan syarikat tersebut.

Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam memberi amaran kepada semua pihak agar mematuhi perundangan yang sedang dikuatkuasakan dan memastikan semua produk dan perkhidmataan yang dihasilkan perlu memenuhi standard halal yang telah ditetapkan di bawah perundangan sedia ada bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan.

KPDN telah menghantar sampel sandwic tersebut ke Jabatan Kimia untuk mendapatkan pengesahan tentang kandungan sebenar yang digunakan dalam penghasilan sandwich tersebut.

Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat kerana melanggar Perenggan 4(1) Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] dan menjadi kesalahan di bawah Perenggan 8(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Jika disabitkan dengan kesalahan, boleh didenda bagi syarikat, Didenda tidak melebihi RM200,000 manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM500,000 dan bagi individu didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

SPRM Akan Memberi Tumpuan Kepada Kesiapsiagaan Pegawai Dalam Menghadapi Apa Jua Keadaan