Kuala Lumpur,4 Nov 2024. 9.00 malam – PERLAKSANAAN gaji minimum RM1,700 dilihat akan menyukarkan majikan yang terpaksa menanggung kenaikan gaji sebanyak RM200 seperti yang disarankan oleh kerajaan, dan pada masa yang sama terpaksa membayar caruman KWSP kepada pekerja asing. Mengikut perkiraan KWSP sekarang, caruman yang dibayar oleh majikan adalah 13 peratus daripada gaji asal, manakala caruman pekerja 11 peratus. Sekiranya seorang pekerja asing ditetapkan pada gaji RM1,700 sebulan, caruman majikan kepada KWSP adalah RM221. Jika pertambahan gaji untuk tahun depan berlaku, jumlah kos untuk seorang pekerja asing adalah RM421. Kritikan telah mula kedengaran dari segelintir majikan. Nak bayar KWSP perkerja tempatan pun majikan merungut, inikan pula Nak bayar KWSP warga asing?
Selain itu, majikan juga menanggung bayaran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), penginapan dan perbelanjaan lain. Beberapa orang majikan pernah menyuarakan rasa kurang senang dengan kenaikan gaji minimum ini yang turut memberi caruman KWSP kepada warga asing. Umum mengetahui bahawa setiap majikan menjalan perniagaan dengan menggunakan modal yang tinggi. Didalam sektor apa pun ianya menuntut perbelanjaan yang banyak. Seperti mana dahulu, perkerja asing tidak perlu ditanggung dengan berbagai-bagai kemudahan oleh majikan, maka itu ramai diantara majikan yang lebih gemar untuk mengupah pekerja asing dari warga tempatan yang memerlukan berbagai pakej yang termaktub didalam undang – undang buruh negara.
Bagi pandangan kerajaan pula, dengan pembayaran caruman KWSP kepada pekerja asing, dapat mencegah mereka untuk lari daripada majikan dan majikan lain atau sindiket tidak dapat mengmbil pekerja asing yang baru sampai untuk diserah kepada majikan lain, Selain itu, sistem caruman KWSP akan membantu pekerja asing untuk mempunyai simpanan dan membolehkan mereka menggunakan wang tersebut untuk membiayai keperluan lain. Apabila kontrak perkerjaan mereka telah tamat, simpanan KWSP mereka akan mencecah diantara RM20,000 hingga RM30,000 atau mungkin lebih dari RM50,000 dan membolehkan mereka kembali ke negara asal dan dapat mengurangkan kebanjiran warga tersebut di Malaysia. Faktor lain adalah, sekiranya pemotongan KWSP dan socso dilakukan, ia telah setaraf dengan warga tempatan dan lebih baik majikan memilih perkerja tempatan kerana tidak perlu mendapatkan permit dan urusan dokumentasi sepertimana yang terpaksa diuruskan terhadap pekerja asing.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Seramai 3,000 Warga Kota Berjaya Ditarik Untuk Menyertai “PTPTN 2024”.