
Kuala Lumpur, 26 Jan 2025, 9.00 malam – DALAM satu operasi khas yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia ( JIM ) mereka telah membuat serbuan kepada 10 premis di ibu kota yang dipercayai beroperasi sebagai klinik secara tidak sah disisi undang-undang sejak setahun lalu dan turut menahan 10 lelaki warga Bangladesh yang menyamar sebagai doktor di setiap lokasi terbabit.
Operasi tersebut telah dijalankan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) itu membabitkan premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, Leboh Pudu dan Jalan Silang. Dalam serbuan itu, turut menjumpai seorang yang ditahan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) Sektor Perkhidmatan, enam memiliki PLKS Sektor Pembinaan, dua tinggal lebih masa dan seorang lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.
Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus mengesan lebih banyak klinik beroperasi secara haram yang dijalankan oleh doktor palsu yang dikelolakan oleh warga asing di negara ini. Klinik dan kegiatan doktor palsu ini perlu dibenteras supaya tidak mendatangkan bahaya kepada orang ramai untuk mendapatkan rawatan.
Saifuddin berkata, isu ini timbul apabila terdapat pihak mengambil kesempatan di atas hasrat kerajaan menggalakkan aktiviti perubatan pelancongan bagi menarik pesakit mendapat rawatan di Malaysia. Oleh JIM akan memberi fokus yang penuh terhadap permohonan yang dibuat melalui visa perubatan dari disalahguna oleh pihak terbabit.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Program Ekonexpert MARA: Melahirkan Usahawan Bumiputera Mahir Dalam Penyamanan Udara.