Membiarkan warga asing memandu tanpa lesen akan membahayakan nyawa orang lain dan diri mereka sendiri – Gambar Kredit – Sumberkini.my

Kuala Lumpur, 2 Dec 2024, 12.00 tengahari – JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengesan terdapat sebanyak 1,530 notis yang dikeluarkan terhadap pemandu atau penunggang motosikal yang melibatkan Warga Asing (PeWA). Untuk  itu, amaran keras telah dikeluarkan oleh pihak polis dan JPJ terhadap individu yang membenarkan kenderaan mereka dipandu warga asing tanpa lesen. Membiarkan warga asing memandu tanpa lesen sah boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Pada hari Ahad yang lalu, seorang wanita warga tempatan yang berusia 22 tahun maut apabila terlibat dalam kemalangan di Jalan Lama, Masai Johor Baharu. Wanita tersebut menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz dalam perjalanan ke tempat kerjanya dilanggar oleh kereta jenis Naza dipandu seorang warga asing berusia 33 tahun.

Dari laporan sebuah akhbar tempatan, pihak polis telah memaklumkan terdapat ramai warga asing yang dikesan memandu dan menunggang tanpa lesen memandu. Kesalahan yang biasa dilakukan oleh warga asing adalah, kesalahan paling tinggi tiada lesen memandu  diikuti tidak memakai tali pinggang keledar, kesalahan lain yang dikesan adalah cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan tiada nombor pendaftaran.

Menyalahgunakan lesen kenderaan motor (LKM) bagi tujuan perniagaan, akan berhadapan dengan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang lalu lintas dan kenderaan akan disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Sampah Yang Dikutip Bakal Dikitar Semula Menjadi Perabot. – Kementerian Pendidikan Tinggi.