Isu Kartel Atau Mafia Tentukan Harga Padi, Beras Dan Benih

Kuala Lumpur, 7 Januari 2024, 21:00 – INDUSTRI padi dan beras negara menjadi fokus utama Kawalselia Padi dan Beras, yang diperuntukkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522). Akta ini memberi mandat kepada Kementerian untuk mengawal selia industri ini melalui pelesenan dan penguatkuasaan, memastikan kemajuan […]
Pembaharuan lesen memandu, kenderaan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Feb

Kuala Lumpur, 3 Januari 2024, 21:00 – ORANG ramai boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM), menerusi aplikasi MyJPJ bermula Februari ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pertambahan fungsi baharu berkenaan akan memudahkan orang awam memperbaharui LKM dan LMM secara digital selain menjimatkan masa dan kos serta […]
Jubli Emas Pembentukan Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, 3 Januari 2024, 19:20 – Wilayah Persekutuan ditubuhkan pada 1 Februari 1974 apabila Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan yang pertama. Manakala Labuan diisytiharkan pada tahun 1984 dan seterusnya Putrajaya pada tahun 2001. Penubuhan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan mempunyai fungsi yang khusus iaitu Kuala Lumpur sebagai ibu negara, Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Persekutuan dan […]
BELANJA RM2.42BILION DAN 7 PROJEK BAHARU TETAP AKAN DITERUSKAN DI KELANTAN

Kuala Lumpur 31 Disember 2023. Sehingga 30 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari semalam, terdapat sepuluh (10) daerah di empat (4) negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor) yang masih dilanda banjir dengan pengurangan jumlah mangsa kepada 14,388 dalam tempoh 24 jam (berbanding 22,033 mangsa pada 29 Disember 2023). Jumlah ini melibatkan 4,713 keluarga yang ditempatkan […]
Kuala Lumpur di tangga keenam bandar raya paling ramai dikunjungi pelancong

Kuala Lumpur Di Tangga Keenam Bandar Raya Paling Ramai Dikunjungi Pelancong Kuala Lumpur, 28 Disember 2023, 12:25 – IBU kota Malaysia, Kuala Lumpur menduduki tangga keenam sebagai bandar raya paling dikunjungi pelancong sepanjang 2023. Perkara tersebut dinyatakan berdasarkan kepada Indeks Bandar Destinasi Global hasil kajian Mastercard berdasarkan jumlah ketibaan pelawat semalaman antarabangsa dan perbelanjaan rentas […]
Waspada Ah Long Pemberi Pinjaman Wang Tidak Berlesen

Kuala Lumpur, 26 December 2023, 12.49 malam – ISU pinjaman wang daripadda ah long ini merupakan isu yang sudah berlanjutan begitu lama tetapi, tiada jalan penyelesaian tuntas mengenai langkah membendung kegiatan ah long ini. Apa yang boleh dinasihatkan adalah Waspada dengan Ah Long pemberi pinjaman wang tidak berlesen. Sekali sudah terjebak, sukar untuk berpatah balik. […]
Banjir Melanda Empat Negeri Di Malaysia

Kuala Lumpur, 21 December 2023, 00 :00 – Sebanyak empat (4) daerah di empat (4) negeri (Kelantan, Perak, Selangor dan Sabah) sedang dilanda banjir dengan pengurangan mangsa kepada 3,268 dalam tempoh 24 jam (berbanding 4,336 mangsa pada 19 Disember 2023). Ia melibatkan 1,007 keluarga yang ditempatkan di 13 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Tiga […]
Garis Panduan Pelaksanaan Projek Membina Dan Menaiktaraf Infrastruktur Pusat Agropelancongan
Kerajaan Menyediakan Bantuan Pembiayaan Maksimum Sehingga RM200,000 Kuala Lumpur, 21 December 2023, 9.00 pagi – AGROPELANCONGAN adalah aktiviti pelancongan yang berkaitan sektor pertanian iaitu berasaskan tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani (IAT) dan kraftangan. Seiring dengan Dasar Agro Makanan Negara (DAN), pembangunan industri agropelancongan akan dipacu menerusi strategi memperkukuh kualiti dan keselamatan pusat agropelancongan dengan menaiktaraf […]
Vincent Tan lancar siaran TV satelit

Kuala Lumpur, 20 December 2023, 15:00 – OK Vision, usaha sama antara Ansat Broadcast Sdn Bhd dan konglomerat Indonesia, MNC Group, secara bersama menawarkan perkhidmatan pengedaran kandungan televisyen untuk pelanggan di Malaysia. Tan Sri Vincent Tan adalah pemegang saham utama dalam U-Telemedia Sdn Bhd, syarikat induk Ansat Broadcast. Pelancaran rasmi yang dinantikan sejak kedua-dua […]
Cop28: Malaysia Mengalu-Alukan “The UAE Consensus”

Kuala Lumpur, 16 December 2023, 13:20 – PERSIDANGAN Negara Ahli Kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-28 (UNFCCC-COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, telah bersetuju dengan pakej keputusan iaitu “The UAE Consensus” yang telah dipersetujui secara konsensus oleh semua negara ahli selepas proses rundingan yang diadakan sejak 30 November hingga 12 […]