
Kuala Lumpur, 21 December 2023, 00 :00 – Sebanyak empat (4) daerah di empat (4) negeri (Kelantan, Perak, Selangor dan Sabah) sedang dilanda banjir dengan pengurangan mangsa kepada 3,268 dalam tempoh 24 jam (berbanding 4,336 mangsa pada 19 Disember 2023). Ia melibatkan 1,007 keluarga yang ditempatkan di 13 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (3,162 mangsa), Hilir Perak, Perak (64 mangsa) dan Kuala Selangor, Selangor (25 mangsa). Hanya satu (1) kematian akibat banjir Monsun Timur Laut (MTL) melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berlaku di Kota Bharu, Kelantan pada 26 November 2023 direkodkan setakat ini.
Pihak MET Malaysia pada 20 Disember 2023 jam 12.05 tengah malam telah mengemaskini amaran hujan berterusan peringkat waspada yang melibatkan beberapa daerah di negeri Pahang dan Johor sehingga 21 Disember 2023. Amaran hujan berterusan peringkat waspada juga telah dikeluarkan untuk seluruh daerah di Kelantan dan Terengganu serta beberapa daerah di negeri Pahang mulai 21 hingga 25 Disember 2023.
Tiga (3) stesen meteorologi utama yang mencatatkan jumlah hujan harian tertinggi pada 19 Disember 2023 adalah Mersing, Johor (60.4 mm), Sri Aman, Sarawak (50.8 mm) dan Sandakan, Sabah (48.4 mm).
Berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku sehingga 25 Disember 2023. Keadaan ini berpotensi membawa hujan berterusan di timur Semenanjung serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan. Di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam.
Berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku sehingga 25 Disember 2023. Keadaan ini berpotensi membawa hujan berterusan di timur Semenanjung Malaysia serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan.
Pada masa yang sama, penumpuan angin juga dijangka berlaku di Sabah sehingga 21 Disember 2023 yang berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang.
Terdapat tujuh (7) kejadian tanah runtuh di seluruh Malaysia direkodkan sehingga 17 Disember 2023, iaitu empat (4) di Pahang, dua (2) di Selangor dan satu (1) di Sarawak.
Seramai 7,196 keluarga dan 24,603 mangsa telah ditempatkan di PPS. Berdasarkan laporan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 20 Disember 2023, sepuluh (10) sekolah rendah di seluruh Malaysia masih terlibat dengan banjir. Sepuluh (10) institusi pendidikan masih dijadikan PPS yang melibatkan lapan (8) sekolah rendah dan dua (2) sekolah menengah di Kelantan, Selangor dan Sabah.
Merujuk kepada laporan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 20 Disember 2023 terdapat sembilan (9) pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) terjejas akibat banjir di negeri Kelantan, iaitu Terusan, Pak Teh Kana, Salleh Berek, Pak Atah, Sharifah, Ibrahim Pencen, Sekat Pintas Serongga, Kaloi dan Wakaf Zain.
Berdasarkan laporan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), sehingga 7 Disember 2023, secara kumulatif anggaran keluasan kawasan pertanian yang terjejas akibat banjir MTL di seluruh negara adalah 4,516.58 hektar dengan anggaran nilai kerosakan sebanyak RM20,605,373.50 dan melibatkan 2,180 orang petani.
Bagi memastikan keselesaan dan kebajikan mangsa banjir, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah bersedia untuk mengaktifkan 8,481 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang mempunyai kapasiti untuk menempatkan 1,620,855 mangsa di seluruh negara.
Lokasi penyimpanan makanan di kawasan yang dilanda banjir adalah di Depoh Simpanan Keperluan Bencana, Stor Bencana dan Pangkalan Hadapan. Antara jenis bantuan makanan yang diberikan kepada mangsa banjir di PPS adalah makanan berbungkus (packed food) dan bantuan gotong royong dengan kebenaran JPBD dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
Selain itu, bantuan lain yang diberikan adalah barang keperluan asas seperti kain batik, kain pelikat, kit kebersihan dan kit minuman. JKM juga memperkenalkan makanan retort sebagai makanan pemula kepada mangsa yang berpindah ke PPS. Tindakan awal yang telah diambil oleh JPS ialah menyediakan pam air di lokasi PPS yang terlibat banjir.
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>