Kuala Lumpur 31 Disember 2023.
Sehingga 30 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari semalam, terdapat sepuluh (10) daerah di empat (4) negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor) yang masih dilanda banjir dengan pengurangan jumlah mangsa kepada 14,388 dalam tempoh 24 jam (berbanding 22,033 mangsa pada 29 Disember 2023). Jumlah ini melibatkan 4,713 keluarga yang ditempatkan di 55 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka pula semakin berkurang berbanding 92 buah pada 29 Disember 2023. Terdapat 45 institusi pendidikan masih dijadikan PPS yang melibatkan 35 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah di Kelantan, Terengganu, dan Pahang.
Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah di negeri Kelantan, iaitu Pasir Mas (9,449 mangsa), diikuti Tumpat (3,239 mangsa) dan Jeli (751, mangsa). Bagi tempoh 11 November hingga 30 Disember 2023, secara kumulatif seramai 19,204 keluarga dan 62,467 mangsa telah ditempatkan di PPS. Sehingga 30 Disember 2023 juga, terdapat sepuluh (10) kejadian tanah runtuh di seluruh Malaysia direkodkan, iaitu lima (5) di Pahang, empat (4 ) di Selangor dan satu (1) di Sarawak.
Terdahulu sebelum ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berpandukan Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20 (Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara) telah mengerahkan anggota dan aset untuk membantu mangsa banjir yang melibatkan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) didalam keadaan sentiasa siap siaga bagi segala kemungkinan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) yang sebelum ini telah meluluskan dan mengumumkan peruntukan RM50 juta yang di beri terus kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) sekali lagi menyampaikan berita gembira apabila beliau mengumumkan beberapa projek baharu untuk terus membantu mangsa banjir terutamanya di Kelantan. PMX menerusi hantaranya di laman Facebook peribadinya memberitahu beberapa projek baharu itu adalah:
1. Kerajaan meluluskan projek membina benteng sementara bagi PLSB Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM6juta.
2. Kerajaan Kelantan bersetuju segerakan proses pengambilan tanah projek PLSB Sungai Golok Fasa
3. Proses perolehan bagi lima (5) projek baharu tebatan banjir di Kelantan bernilai RM910.52 juta dimulakan tahun depan.
PMX juga memberitahu 18 projek sedang dalam proses perlaksanaan yang melibatkan belanja RM2.42bilion ringgit tetap diteruskan dari sekarang hingga ke tahun depan dan 7 lagi projek baharu akan dilaksanakan pada tahun 2024 dengan belanja lebih kurang RM1bilion ringgi. PMX menjelaskan projek-projek ini dilaksanakan bukan kerana Kelantan tetapi kerana masalah banjir lebih berat terkesan di Negeri Kelantan.
#PrezCom