Kuala Lumpur, 20 December 2023, 15:00 – OK Vision, usaha sama antara Ansat Broadcast Sdn Bhd dan konglomerat Indonesia, MNC Group, secara bersama menawarkan perkhidmatan pengedaran kandungan televisyen untuk pelanggan di Malaysia. Tan Sri Vincent Tan adalah pemegang saham utama dalam U-Telemedia Sdn Bhd, syarikat induk Ansat Broadcast.
Pelancaran rasmi yang dinantikan sejak kedua-dua syarikat menandatangani perjanjian pada Disember 2022. Walaupun pelancaran itu berlaku, butiran mengenai OK Vision masih agak terhad, meskipun laman web rasmi telah dibuka dan menyenaraikan saluran yang tersedia melalui perkhidmatan ini.
Menurut laman web rasminya, terdapat dua jenis kandungan yang boleh diakses melalui OK Vision. Salah satunya adalah saluran free-to-view yang merangkumi:
* Berita RTM
* Hijrah TV
* TV3
* 8TV
* Suke TV
* Arirang
* CNA
* DW
* Euronews
* France 24
* NHK World Premium
* TRT World
* TV5Monde
* MNCTV
Pelanggan boleh memperluaskan senarai kandungan OK Vision dengan mendaftar OK Pek yang berharga RM20 sebulan. Berikut adalah senarai saluran tambahan yang disediakan oleh pakej ini:
* RCTI
* GTV
* MNC Drama
* Global Trekker
* Love Nature
* Outdoor Channel
* ZooMoo
* Crime + Investigation
* FMN
* Rock Action
* Rock Entertainment
* Zee Bioskop
* Cinemachi
* Cinemachi Action
* Cinemachi Kids
* Cinemachi Max
* Cinemachi Xtra
* DreamWorks
Pakej ini juga menyertakan akses ke Motorvision TV dan Fight Sports yang akan tersedia pada tarikh kemudian. Secara keseluruhan, OK Vision menawarkan sejumlah 34 saluran.
Menurut laman web rasminya, OK Vision adalah perkhidmatan TV satelit prabayar yang menjadikannya pesaing langsung kepada NJOI Astro.
Dengan senarai saluran di laman webnya, kita menjangkakan OK Vision akan mengikuti model perniagaan yang sama di mana pelanggan perlu membayar di muka untuk kotak set atas satelit.
Pada masa ini, NJOI HD Box dijual pada harga RM399 dan dilengkapi dengan 18 saluran TV percuma serta 26 saluran radio. Astro juga menawarkan kotak tersebut dengan akses 1 bulan ke NJOI Family Pack yang menyediakan 43 saluran premium tambahan.
Walau bagaimanapun, OK Vision belum mendedahkan harga kotaknya, walaupun laman web tersebut menyatakan bahawa pelanggan akan diberi langganan percuma ke OK Pek selama 12 bulan. Laman web juga belum memberikan butiran mengenai cara pelanggan boleh mendaftar perkhidmatan ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kementerian menghargai Ansat dan MNC Group atas visi dan dedikasi mereka dalam menghasilkan platform ini, menyumbang kepada pertumbuhan industri media Malaysia.
“Kementerian Komunikasi gembira menyaksikan kerjasama strategik antara kedua-dua syarikat, mencerminkan komitmen untuk memajukan landskap media digital di Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran OK Vision, perkhidmatan televisyen berasaskan pelanggan di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Eksekutif MNC Group, Hary Tanoesoedibjo. Fahmi berkata pertumbuhan industri media digital di negara ini akan mendorong kepada peningkatan pelaburan dalam infrastruktur teknologi dan komunikasi, di dalam dan luar negara.
“Populariti perkhidmatan penstriman digital semakin meningkat. Kedua-dua platform tempatan dan antarabangsa mempunyai kedudukan yang ketara dalam pasaran Malaysia.
“Perkhidmatan ini menyumbang kepada transformasi digital industri media dan hiburan dengan menawarkan kandungan atas permintaan kepada pengguna,” katanya.
Platform media digital yang popular termasuklah perkhidmatan penstriman, laman web berita, platform media sosial dan penyedia kandungan dalam talian yang lain.
Fahmi berkata, platform media digital adalah penting kepada ekonomi Malaysia, menyumbang kepada penjanaan hasil, pekerjaan, inovasi dan daya saing global.
“Berdasarkan ekosistem digital yang terus berkembang, impak ekonomi media digital dijangka meningkat, seterusnya membentuk kedudukan Malaysia dalam ekonomi digital global,” katanya.
Beliau berkata, usaha sama itu menjadi bukti kepada kekuatan kerjasama merentas sempadan, menggalakkan pertukaran kepakaran dan kreativiti.
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>