MyAngkasa Amanah Lancar Tiga Produk Baharu Sempena Ulang Tahun Ke-10

MyAngkasa

  Kuala Lumpur, 24 Januari 2024, 16:00 – MYANGKASA Amanah Berhad (MAAB), anak syarikat milik penuh ANGKASA, telah mengambil inisiatif untuk memperluaskan lagi pemasaran perkhidmatan penulisan wasiat dan rujukan kes pentadbiran harta pusaka dengan melancarkan tiga produk baharu. Produk-produk terbaru ini adalah MyAset Pilihan Pasangan (Harta Sepencarian), MyHibah Harta Alih/Tunai, dan MyHibah Bercagar. Pelancaran produk […]

Pekej Telekomunikasi Rahmah bagi P-Hailing

Telco Rahmah

  Kuala Lumpur, 24 Januari 2024, 12:00 – PAKEJ p-hailing Rahmah yang dilancarkan kerajaan serendah RM33 sebulan bagi data minimum 40GB bakal dinikmati oleh 150,000 hingga 200,000 pekerja e-hailing serta p-hailing di seluruh negara Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, pakej ini adalah hasil daripada kerjasama strategik antara syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi ternama seperti CelcomDigi, Maxis, […]

Program SARA Ditambah Baik, Jumlah Bantuan Dinaikkan

SARA

  Kuala Lumpur, 23 Januari 2024, 12:00 – KERAJAAN akan mengumumkan lebih banyak penambahbaikan kepada bantuan-bantuan lain sempena program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,  menyatakan bahawa langkah-langkah ini bertujuan untuk mengurangkan kesenjangan ekonomi dan membangunkan masyarakat yang inklusif, selaras dengan prinsip-prinsip Ekonomi Madani. Menurut beliau, penambahbaikan tersebut mencerminkan komitmen kerajaan […]

Masyarakat Luar Bandar Daftar PADU Secara Manual

PADU

  Kuala Lumpur, 22 Januari 2024, 21:00 – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memperkenalkan borang pendaftaran manual dalam usaha untuk memudahkan penduduk luar bandar mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Keputusan ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sebagai respons terhadap permohonan daripada penduduk yang menginginkan pendaftaran […]

Sindiket Bitcoin Tumpas

Bitcoin

  Kuala Lumpur, 21 Januari 2024, 12:00 – JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket yang terlibat dalam aktiviti perlombongan wang digital ‘Bitcoin’. Sindiket ini didalangi oleh warganegara China dan Operasi Khas berjaya dijalankan pada 19 Januari 2024 di Kuala Lumpur. Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata operasi hasil aduan dan risikan selama sebulan, […]

Stadium Merdeka Dijangka Dibuka Semula Pada Suku Kedua Tahun Ini

Stadium Merdeka

  Kuala Lumpur, 14 Januari 2024, 19:20 – PEMBUKAAN semula Stadium Merdeka, tempat di mana seruan keramat “MERDEKA!” menggema pertama kali pada tahun 1957, terus menghidupkan kenangan sejarah, menanam nilai-nilai dan memupuk semangat patriotisme ketika negara mencapai kemerdekaan. Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, menyatakan bahawa stadium yang memiliki […]

KPDN Tangkas Banteras Pelbagai Jenayah Sepanjang 2023

  Kuala Lumpur, 12 Januari 2024, 21:00 – BAHAGIAN Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memainkan peranan penting dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan kawalan harga, antipencatutan, perlindungan pengguna, dan pencegahan pengubahan wang haram di Malaysia. Sebagai agensi penguatkuasa, KPDN telah menjalankan pelbagai operasi bersepadu untuk menangani pelbagai kegiatan yang merugikan […]

Bangunan Panggung Istana Budaya Ditutup Dua Tahun

Istana Budaya

  Kuala Lumpur, 12 Januari 2024, 19:00 – BANGUNAN Panggung Istana Budaya, mercu tanda seni budaya Malaysia yang terkenal, akan ditutup mulai 15 Januari 2024 hingga 5 Januari 2026 untuk menjalani kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan menyeluruh. Keputusan penutupan ini telah diperakui oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), yang merupakan pengurus utama bangunan megah ini. Tujuan […]

Hujan dan Ribut Petir Melanda Seluruh Negara Hingga Rabu

NADMA

  Kuala Lumpur, 9 Januari 2024, 14:20 – HUJAN lebat dan ribut petir dijangka melanda sebahagian besar negeri di Malaysia bermula hari ini hingga Rabu, menurut jadual ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Maklumat terkini ini turut dikongsi secara rasmi melalui aplikasi X oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Menurut ramalan, pada […]

Banjir Paling Terburuk 2024 Pahang

  Segamat, 8 Januari 2024. Beberapa tempat di sekitar Pahang kembali mengalami bajir dan antaranya di Felda Chini Timur 3 yang disifatkan sebagai paling buruk pernah berlaku. Hujan lebat yang bermula pada kira-kiara jam 5 petang semalam telah menyebabkan air naik hingga ke paras bumbung. Keadaan yang sama berlaku di Kampung Bantal apabila air Sungai […]