Bitcoin

 

Kuala Lumpur, 21 Januari 2024, 12:00 – JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket yang terlibat dalam aktiviti perlombongan wang digital ‘Bitcoin’. Sindiket ini didalangi oleh warganegara China dan Operasi Khas berjaya dijalankan pada 19 Januari 2024 di Kuala Lumpur.

Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata operasi hasil aduan dan risikan selama sebulan, bermula pada 10 malam itu, melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Langkah-langkah ini diambil berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selama satu bulan.

“Pasukan operasi diatur gerak ke sebuah premis lot perniagaan dan berjaya menahan dua lelaki warganegara China berusia 28 dan 33 tahun yang bertindak sebagai penjaga premis dan juruteknik membaik pulih mesin Bitcoin.

“Semasa serbuan dijalankan, kedua-dua individu tersebut gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan dokumen perjalanan asal dipercayai disimpan oleh pihak ejen,” katanya

Dalam serbuan tersebut, pasukan operasi merampas wang tunai sebanyak RM12,600.00, 30 unit mesin Bitcoin, 2 unit mesin cooler Bitcoin, 2 unit CPU komputer, 1 unit komputer riba, dan 2 set peralatan Testing.

Modus operandi sindiket ini adalah dengan menjalankan aktiviti perlombongan wang digital Bitcoin secara haram menggunakan papan tanda perniagaan tinted kenderaan untuk mengelakkan pengesan oleh pihak berkuasa. Sasaran utama sindiket ini adalah warganegara China dan penduduk tempatan.

Sindiket ini turut menyediakan perkhidmatan membaiki dan servis mesin Bitcoin untuk pasaran tempatan. Bayaran bagi perkhidmatan servis ini dianggarkan antara RM100 hingga RM200 bagi setiap mesin. Sindiket ini telah beroperasi selama 6 bulan dan mampu menjana pendapatan sekitar RM100,000.00 sebulan.

Kedua-dua warganegara China yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963, dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Pakaian Sekolah: KPM Tetapkan Garis Panduan Baharu Untuk Sesi Persekolahan 2024/2025