MyAngkasa

 

Kuala Lumpur, 24 Januari 2024, 16:00 – MYANGKASA Amanah Berhad (MAAB), anak syarikat milik penuh ANGKASA, telah mengambil inisiatif untuk memperluaskan lagi pemasaran perkhidmatan penulisan wasiat dan rujukan kes pentadbiran harta pusaka dengan melancarkan tiga produk baharu.

Produk-produk terbaru ini adalah MyAset Pilihan Pasangan (Harta Sepencarian), MyHibah Harta Alih/Tunai, dan MyHibah Bercagar.

Pelancaran produk baharu ini sejajar dengan misi MAAB sejak ditubuhkan pada 22 Januari 2014, iaitu menjadi institusi pengurusan pengamanahan dan perwarisan yang mesra, efisyen, profesional, dan terunggul.

MAAB berharap melalui produk-produk baharu ini, mereka dapat menjangkau pasaran yang lebih meluas dengan menarik segmen dan prospek baru. Pada masa yang sama, mereka juga bertujuan untuk memperkukuhkan jaringan dengan rakan strategik sedia ada, memberikan perkhidmatan terbaik, dan menjalin hubungan mesra dengan pelanggan.

Sempena sambutan ulang tahun ke-10, MAAB menawarkan baucar tunai kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan MAAB.

Selain itu, MAAB juga berusaha untuk berkongsi hasil rezeki dengan anak-anak Pusat Jagaan Darul Sakinah, memberikan saluran bantuan pendidikan kepada pelajar-pelajar Yayasan ANGKASA, dan memberi bantuan kepada golongan asnaf.

Menyambut ulang tahun yang istimewa ini, MAAB akan melancarkan klinik pusaka di seluruh Malaysia untuk membantu masyarakat menyelesaikan proses pentadbiran harta pusaka. Perkhidmatan nasihat yang diberikan dalam klinik ini adalah percuma tanpa sebarang caj.

Untuk memperkukuhkan imej dan kesedaran terhadap produk-produknya, MAAB telah menjenamakan semula produk-produk sedia ada dengan menambah perkataan “My” dihadapan nama setiap produk, menandakan bahawa ia adalah produk MyAngkasa Amanah Berhad, seperti MyWasiat, MyHibah, MyAmanah, dan MyPusaka.

Walaupun masih muda dalam bidang pengurusan amanah harta, MAAB sebagai satu-satunya entiti koperasi di negara ini yang menjalankan amanah wasiat, pusaka, serta infaq, berusaha memastikan perkhidmatannya dapat dicapai dan dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat.

Ini dicapai menerusi kerjasama strategik dengan sembilan institusi kewangan, empat Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), 80 koperasi, dan 60 syarikat swasta dalam menyediakan perkhidmatan perancangan dan pentadbiran harta pusaka.

Semua produk yang ditawarkan oleh MAAB adalah Patuh Syariah dan dikawal selia oleh Jawatankuasa Syariah ANGKASA serta MAAB. Untuk memastikan kelestarian perkhidmatannya, MAAB berusaha memperkukuhkan lagi jaringan bersama rakan strategik sedia ada dan mengalu-alukan mana-mana institusi yang berminat.

MAAB turut menawarkan perkhidmatan pindaan wasiat secara atas talian secara percuma pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi laman sesawang myangkasaamanah.com.my. Pelanggan yang berminat boleh menghubungi MAAB di talian 03-7887 5600 atau 03-7887 4300.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Pekej Telekomunikasi Rahmah bagi P-Hailing