Telco Rahmah

 

Kuala Lumpur, 24 Januari 2024, 12:00 – PAKEJ p-hailing Rahmah yang dilancarkan kerajaan serendah RM33 sebulan bagi data minimum 40GB bakal dinikmati oleh 150,000 hingga 200,000 pekerja e-hailing serta p-hailing di seluruh negara

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, pakej ini adalah hasil daripada kerjasama strategik antara syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi ternama seperti CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile), YTL Communications (Yes 5G) dan juga 16 penyedia platform p-hailing di negara ini.

Katanya, pakej tersebut diwujudkan bagi memastikan kumpulan pekerja-pekerja ekonomi gig tersebut mendapat manfaat dan memenuhi keperluan mereka melalui penawaran pelan dengan harga yang berpatutan.

“Pakej ini adalah bersifat perniagaan kepada perniagaan. Bermaksud sesebuah syarikat p-hailing akan berbincang dengan telco (syarikat telekomunikasi) untuk menyediakan perkhidmatan atau pakej yang sesuai manfaat dengan keperluan penghantar mereka.

“Saya percaya usaha ini dapat membantu penghantar di seluruh negara. Kita harap ini akan menjadi langkah pertama tahun ini diikuti langkah dan pakej yang lain selepas ini,” katanya selepas melancarkan Pakej P-Hailing RAHMAH

Katanya, pakej tersebut diwujudkan bagi memastikan kumpulan pekerja-pekerja ekonomi gig tersebut mendapat manfaat dan memenuhi keperluan mereka melalui penawaran pelan dengan harga yang berpatutan.

“Pakej ini adalah bersifat perniagaan kepada perniagaan. Bermaksud sesebuah syarikat p-hailing akan berbincang dengan telco (syarikat telekomunikasi) untuk menyediakan perkhidmatan atau pakej yang sesuai manfaat dengan keperluan penghantar mereka.

“Saya percaya usaha ini dapat membantu penghantar di seluruh negara. Kita harap ini akan menjadi langkah pertama tahun ini diikuti langkah dan pakej yang lain selepas ini,” katanya selepas melancarkan Pakej P-Hailing RAHMAH, hari ini.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, tempoh bagi mula langganan berjalan selama sebulan sementara pakej langganan ditawarkan pula berjalan untuk satu tahun.

Pakej P-Hailing Rahmah menawarkan tempoh langganan sebulan untuk membolehkan para penghantar menilai prestasi langganan. Fahmi menjelaskan,

“Selepas beberapa minggu, kita akan dapat melakukan kemas kini, mungkin selepas Tahun Baharu Cina. Jika perlu, kita akan mencadangkan untuk melanjutkan tempoh langganan ini.”

Kata beliau, oleh kerana sektor gig ekonomi mempunyai fleksibiliti dan dinamik maka tempoh langganan yang ditetapkan selama setahun juga difikirkan boleh dilaksanakan pada tahun seterusnya.

Pentingnya untuk syarikat p-hailing menyampaikan maklumat ini kepada penghantar mereka agar mereka tahu ada pakej yang bersifat rahmah dalam mereka menjalankan tugas sebagai penghantar

Fahmi menekankan bahawa pakej ini bertujuan untuk meningkatkan keterhubungan digital para penghantar p-hailing, membolehkan mereka mengakses maklumat yang diperlukan semasa menjalankan tugas mereka.

Inisiatif ini diharapkan dapat memberikan dorongan positif kepada komuniti pekerja e-hailing dan p-hailing, membawa manfaat kepada mereka dan pada masa yang sama, merapatkan jurang hubungan digital dalam sektor ini.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

DLP: Khairy Minta Klarifikasi Kementerian Pendidikan