Kuala Lumpur, 9 Januari 2024, 14:20 – HUJAN lebat dan ribut petir dijangka melanda sebahagian besar negeri di Malaysia bermula hari ini hingga Rabu, menurut jadual ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Maklumat terkini ini turut dikongsi secara rasmi melalui aplikasi X oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Menurut ramalan, pada pagi ini, hujan dijangka berlaku di beberapa tempat di Pahang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Johor, serta beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.
Pada sebelah petang dan malam pula, ribut petir dijangka melanda satu atau dua tempat di seluruh negara, kecuali Perlis.
Esok pagi, negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak, dan Sabah dijangka mengalami hujan di satu atau dua tempat. Waktu petang, ramalan menunjukkan bahawa ribut petir akan melanda satu atau dua tempat di seluruh negara.
Malam esok, keseluruhan negara, termasuk Sabah, diramalkan akan mengalami hujan di satu atau dua tempat, kecuali Perlis. Pada pagi Rabu, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, dan Sabah dijangka mengalami cuaca yang sama di satu atau dua tempat.
Sementara itu, pada sebelah petang Rabu, ribut petir dijangka melanda satu atau dua tempat di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, kecuali Perlis. Pada waktu malam, hujan dijangka berlaku di satu atau dua tempat, kecuali di negeri Perlis, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, dan Melaka.
Ramalan cuaca ini memberikan amaran kepada orang ramai untuk sentiasa berwaspada terhadap potensi hujan lebat dan ribut petir yang boleh membawa impak kepada kehidupan harian dan keselamatan awam. Warga tempatan dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan.
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>