Segamat, 8 Januari 2024.

Beberapa tempat di sekitar Pahang kembali mengalami bajir dan antaranya di Felda Chini Timur 3 yang disifatkan sebagai paling buruk pernah berlaku. Hujan lebat yang bermula pada kira-kiara jam 5 petang semalam telah menyebabkan air naik hingga ke paras bumbung. Keadaan yang sama berlaku di Kampung Bantal apabila air Sungai Tembeling kembali naik.

Pihak JKR juga telah mengeluarkan pemberitahuan berkenaan Laluan FT02, Jalan Kuantan – Segamat ditutup milai, 07 Januari 2024 (Ahad) Sehingga 28hb Januari 2024 (Ahad), bagi semua jenis kenderaan ekoran kejadian jalan mendap di Seksyen 102 (Berhampiran Kawasan Burung Unta). Penutupan ini bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dijalankan oleh pihak Pasukan Projek FT012. Pengguna jalanraya mempunyai alternatif laluan dari arah Kuantan ke Muadzam Shah.

Sehubungan dengan itu Pusat Kawalan Operasi Bencara (PKOB) Banjir Daerah Pekan telah dibuka secara rasminya mulai jam 1200hrs bertarikh 07 Januari 2024 (Ahad) dan sebarang isu boleh terus dirujuk menggunakan talian 09-4221140 atau di nombor 09-4221128. Bagi mengikuti status terkini maklumat bencana, orang ramai bolehlah ke: http://bencanaalam.jkr.gov.my/index.php

Lebih Banyak Berita Menarik Dan Pelik Yang Tidak Keluar News Di:https://whatsapp.com/channel/0029Va4iQig4dTnNRcXahs0P
#prezcom