Padi

 

Kuala Lumpur, 7 Januari 2024, 21:00 – INDUSTRI padi dan beras negara menjadi fokus utama Kawalselia Padi dan Beras, yang diperuntukkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

Akta ini memberi mandat kepada Kementerian untuk mengawal selia industri ini melalui pelesenan dan penguatkuasaan, memastikan kemajuan yang sihat dan teratur.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras memiliki kuasa untuk mengeluarkan lesen dan permit bagi urus niaga seperti pengilangan, pemborongan, peruncitan, import/eksport, dan pemindahan antara negeri.

Terdapat dakwaan mengenai wujudnya kartel atau mafia yang mempengaruhi harga padi, beras, dan benih padi. Namun, KPKM dengan tegas menafikan kewujudan kartel atau mafia tersebut seperti didakwa.

Dengan lebih dari 39,000 pelbagai jenis lesen, seperti Lesen Borong Beras, Lesen Eksport, Lesen Import, Lesen Kilang Padi, Lesen Membeli Padi, Lesen Beras Runcit, dan Kelulusan Khas Menjual Benih Padi bagi benih padi sah (BPS), menunjukkan bahawa industri ini tidak dapat dimonopoli oleh kartel atau mafia.

Untuk BPS, KPKM telah memperuntukkan sebanyak 72,000 metrik tan benih padi sah bagi memenuhi keperluan pesawah tahun 2023. Lesen pengilangan benih padi sah ini juga diberikan kepada syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) untuk memastikan bekalan benih padi yang mencukupi.

Ujian makmal yang ketat dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia memastikan kebolehpercayaan BPS.

Mengenai pelaksanaan Task Force Operasi Benih Padi Sah (OP BPS) pada 7 hingga 21 November 2023, sebanyak 22 lesen penjualan benih padi sah telah ditarik balik kerana melanggar syarat lesen. Tindakan tegas ini menunjukkan komitmen KPKM untuk memastikan pematuhan terhadap harga yang ditetapkan oleh Kerajaan.

KPKM memberikan amaran kepada semua industri, dari pengilang hingga peruncit, agar mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. KPKM tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan menyalahgunakan situasi ini. Tindakan tegas seperti pembatalan lesen akan diambil jika terdapat pelanggaran undang-undang.

Para pesawah dan pengguna diingatkan untuk melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang melalui saluran aduan yang disediakan oleh KPKM, seperti Portal Aduan KPB (https://skpb.kpkm.gov.my/adu), e-mel rasmi (aduankpb@kpkm.gov.my), atau hotline Ibu Pejabat KPB Putrajaya (03-88701751/1748/1183).

Hanya dengan kerjasama semua pihak, industri padi dan beras negara dapat terus berkembang dengan adil dan berdaya maju.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Bekas Kekasih Aniq Suhair Dakwa Dipukul Hingga Cedera & Terima 12 Jahitan Di Muka?