Aniq Suhair

 

Kuala Lumpur, 7 Januari 2024, 12:30 – SEORANG wanita, Emylia Marzuki, baru-baru ini meluahkan pengalamannya yang mengejutkan apabila mendakwa telah menjadi mangsa kekerasan fizikal yang dilakukan oleh kekasihnya. Kejadian tersebut menyebabkan kecederaan serius di bahagian muka dan tubuhnya.

Emylia mendakwa bahawa setiap kali dia mengetahui kekasihnya terlibat dalam tindakan curang, lelaki tersebut bertindak ganas terhadapnya, menyebabkan kecederaan serius dan kesan lebam.

Dia berkongsi bahawa dia terpaksa menjalani pembedahan dengan menerima 12 jahitan akibat dari kejadian tersebut.

Selain itu, Emylia menegaskan bahawa lelaki itu turut menipu orang ramai dengan tidak mengakui kesalahannya atas perbuatan kejam yang pernah dilakukan sebelum ini.

Pengakuan ini dibuat oleh Emylia melalui hantaran di platform media sosial TikTok, yang disertai dengan beberapa gambar yang memaparkan kecederaan di bahagian tubuh dan muka.

Dalam perkongsian tersebut, Emylia juga memuat naik bukti laporan kesihatan sebagai sokongan kepada dakwanya. Dia mengungkapkan bahawa lelaki tersebut sebelum ini berjanji untuk berubah dan tidak akan menganiayainya lagi, tetapi ternyata hanya merupakan ‘cakap kosong’.

Walaupun Emylia tidak mendedahkan nama kekasihnya, ramai warganet mendakwa lelaki yang dimaksudkan adalah pelakon terkenal, Aniq Suhair.

Terdahulu, timbul kontroversi berkenaan Aniq yang membuntingkan teman wanitanya dan tidak mahu bertanggungjawab.

Namun sejauh manakah kebenarnya, Aniq tidak mengeluarkan kenyataan apa-apa berhubung isu tersebut.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

’Jumpa di Padang Masyar je’ – Rita Rudaini Bengang Dengan Bekas Suami