Rita Rudaini

 

Kuala Lumpur, 6 Januari 2024, 17:30 – RITA Rudaini kembali mencuri perhatian netizen selepas sering memberikan respon dalam setiap soalan yang diberikan pengikutnya di sosial media.

“Tak payah berangan nak datang. Jumpa di padang Mahsyar nanti”.

Itu jawapan pelakon Rita Rudaini terhadap soalan seorang pengikutnya dalam Instagram yang bertanyakan tentang bapa kandung kepada dua orang anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, iaitu Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Soalan itu diberikan pengikutnya selepas Rita meluahkan rasa sayu ketika menghantar anak sulungnya itu pulang ke asrama penuh bagi sesi persekolah 2024.

“Jenis tengok dekat tingkap ini yang buat mommy (panggilannya) sayu. Dia (anak) pesan, mommy jangan pergi lagi. Tunggu Rayyan naik lambai dekat tingkap.

“Mommy dan adik rindu sangat. Belajar jangan jemu,” luahnya.

Perkongsian Rita itu kemudian menarik perhatian seorang netizen yang bertanyakan perihal tentang bapa kandung anaknya.

“Bapa Rayyan tak pernah tengok ke anaknya?” soal individu terbabit.

Soalan yang diajukan itu kemudiannya dijawab Rita secara sinis apabila mengingatkan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan itu supaya tidak berangan untuk berjumpa dengan anaknya selepas mendakwa lelaki tersebut tidak pernah ambil tahu tentang darah dagingnya sendiri sejak kecil lagi.

“Siapa? Tak payah (melawat). Masa kecil, kena basuh berak, tengah menyusu tak nak pula tengok. Dah besar, saya bela bagi pandai, dah senang tak payah basuh berak, tak payah berangan nak datang!

“Jumpa di padang Mahsyar nanti,” sindir Rita.

Jawapan yang diberikan oleh pelakon filem Mistik itu sekali gus mendapat respons oleh pengikutnya yang lain apabila rata-rata menyokong dan kagum dengan kecekalannya membesarkan anak sendirian.

“Tidak mengapa, dunia hanya sementara. Esok bapa dia jawablah apa yang dia buat di dunia ini. Saya hormat dengan akak sebab membesarkan anak dengan baik. Saya doakan akak dan anak-anak selalu dalam lindungan Allah SWT,” kata seorang pengikutnya.

“Kita sama. Jumpa di sana nanti (padang Mahsyar). Kita jaga waktu bayi, basuh berak, bagi mandi. Anak dah besar pandai, jangan datang mengaku anak,” ujar seorang lagi pengikutnya.

“Sangat setuju. Anak dah besar baru nak mengaku, baik tak payah,” kata seorang lagi netizen.

Rita Rudaini sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan pada tahun 2008 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna., namun perkahwinan itu berakhir pada tahun 2013.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Kaum lndia turut pilih pendidikan di Pasti