Kerajaan Menyediakan Bantuan Pembiayaan Maksimum Sehingga RM200,000

Kuala Lumpur, 21 December 2023, 9.00 pagi – AGROPELANCONGAN adalah aktiviti pelancongan yang berkaitan sektor pertanian iaitu berasaskan tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani (IAT) dan kraftangan. Seiring dengan Dasar Agro Makanan Negara (DAN), pembangunan industri agropelancongan akan dipacu menerusi strategi memperkukuh kualiti dan keselamatan pusat agropelancongan dengan menaiktaraf kemudahan asas, penginapan dan pengangkutan di pusat-pusat tersebut. Anda perlu memohon untuk mendapatkan geran ini. Tarikh tutup untuk permohonan adalah pada: 15 Januari 2024.

Seiring dengan Dasar Agro Makanan Negara (DAN), pembangunan industri agropelancongan akan dipacu menerusi strategi memperkukuh kualiti dan keselamatan pusat agropelancongan dengan menaiktaraf kemudahan asas, penginapan dan pengangkutan di pusat-pusat tersebut. Kini  industri pelancongan menjadi salah satu pemangkin kepada pertumbuhan dan penyumbang utama kepada negara.

Fokus negara kepada pembangunan aktiviti pertanian telah membuka lembaran baru bagi sektor pelancongan ini yang mendatangkan kesan pengganda (multiplier effect) kepada masyarakat tani dan rantaian produk agro negara. Keadaan ini juga turut menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat khususnya golongan belia. Antara aktiviti yang mendapat sambutan dalam agropelancongan ialah lawatan ke dusun buah-buahan dan ladang ternakan, pusat pertanian dan penyelidikan, homestay dan sebagainya.

Bagi melaksanakan inisiatif tersebut, KPKM telah dipertanggungjawabkan dalam pembangunan agropelancongan manakala Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Tourism Malaysia membantu dari aspek promosi dalam dan luar negara. Jabatan/Agensi KPKM pula berperanan secara langsung dalam memajukan industri agropelancongan dengan menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pengusaha-pengusaha terlibat.

Program ini dilaksanakan oleh KPKM dengan menggunakan Peruntukan Pembangunan Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) di bawah Program Agropelancongan KPKM. Jika anda memerlukan dana untuk naiktaraf tempat anda dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai geran ini, anda boleh menghubungi: Unit Agropelancongan, Bahagian Industri Dan Asas Tani, No Telefon: 03-88701799 / 03-88701797.

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita:

AIFFA Rancakan Industiri Pelancongan Sarawak