Berani Robohkan Bangunan Tetapi Tidak Berani Bertindak Pada Pengusaha Haram.

Kuala Lumpur, 10 Ogos, 2024, 7.00 malam – KETUA Bahagian MIC Segambut, Datuk Sivakumar Nadarajah mempersoalkan mengapa Dewan Komuniti Taman Sri Sinar di Segambut dirobohkan oleh pihak berkuasa dengan alasan ia adalah struktur haram tetapi tidak berani bertindak kepada pengusaha haram. Satu perkara yang amat dikesali adalah dewan tersebut dipercayai menjadi pusat latihan sukan […]
29 NGO Minta Polis Buka Semula Kes Kematian Pegawai Kadet TLDM.

Kuala Lumpur, 09 Ogos 2024, 11.00 malam – SEORANG Peguam dari LFL, Zaid Malek, bersama 29 badan bukan kerajaan (NGO) telah menyerahkan memorandum kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuka semula kes kematian pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), J Soosaimanicckam, enam tahun lalu. Memorandum tersebut diserahkan pada jam 10.45 pagi semalam kepada […]
2 Rakyat Malaysia Dipenjara 5 Tahun Lagi Di Guantanamo

Kuala Lumpur, 28 Januari 2024, 21:00 – JURI tentera di Guantanamo Bay pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara tambahan lima tahun ke atas dua rakyat Malaysia kerana bersubahat dalam pengeboman pengganas yang mengorbankan 202 orang di Bali, Indonesia pada 2002. Juri lima pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) itu bersidang untuk memutuskan hukuman untuk tempoh 20 […]
100 Syarikat Didalangi Warga Bangladesh Rekrut Warga Asing

Kuala Lumpur, 10 Januari 2024, 10.00 malam – TERDAPAT 100 buah syarikat dikesan beroperasi di negara ini untuk membawa masuk rakyat dari negara Asia Selatan. Syarikat itu dipercayai didalangi warga Bangladesh dengan menawarkan pekerjaan meskipun tiada permintaan daripada majikan di Malaysia. Modus operandi syarikat adalah menggunakan rakyat Malaysia sebagai pemegang saham utama tetapi tidak berfungsi […]
Disyaki Tipu Wang Hampir RM500,000, Sarjan Polis Ditahan Reman Tiga Hari

Kuala Lumpur, 7 Januari 2023, 11.00 pagi – Seorang anggota polis berpangkat sarjan diperintah menjalani tahanan reman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret Sibu kerana disyaki menipu membabitkan wang hampir RM500,000. Anggota polis tersebut berusia 34 tahun disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun serta dengan […]
Jho Low Diburu, Najib Razak Dipenjara, Malaysia Dimalukan.

Kuala Lumpur, 6 Januari 2024. ‘Man on the Run’ ialah sebuah filem dokumentari tahun 2023 yang diarahkan, ditulis dan diterbitkan secara eksekutif oleh Cassius Michael Kim. Dokumentari berdurasi 1jam 38 minit ini memberikan fokus khas kepada peranan Low Taek Jho (Jho Low) didalam skandal penyelewangan wang berbilion dolar dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mula di […]
Ketahui Keperluan Kalori Anda

Kuala Lumpur, 2 Januari 2024, 4.00 petang – SETIAP makanan yang kita makan akan menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh ini dikenali sebagai kalori dan ia boleh diukur dengan unit kilokalori atau Kcal. Tahukah anda bahawa kalori diperlukan oleh tubuh untuk pelbagai aktiviti harian? Aktiviti yang memerlukan kalori termasuklah : *Pengekalan […]
Majlis Peluncuran Pengkalan Data Utama (PADU)

Kuala Lumpur, 2 Januari 2024. YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Majlis Peluncuran Pengkalan Data Utama (PADU) di Dewan Perdana, Puterajaya International Convention Center (PICC). PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan permastautin tetap di Malaysia. Sehubungan itu semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan […]
Sarawak Maju Kajian Semula Persempadanan Pilihan Raya

Kuala Lumpur, 2 Januari 2024. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan media Bil.1/2024 berhubung urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan dan Negeri-Negeri berlandaskan kepada prinsip dan tatacara yang ditetapkan di bawah Jadual Ketiga Belas, Bahagian l dan Bahagian ll, Perlembagaan Persekutuan untuk melihat semula kesesuaian […]
Mini Dhaka Kembali Menjadi Tumpuan Warga Asing

Kuala Lumpur, 1 Januari 2024, 9.00 malam – KESEMPATAN cuti hujung minggu, warga asing dilihat keluar membeli barang-barang keperluan seharian. Perniagaan yang sebelum ini tiada pengunjung selepas kawasan itu digempur secara besar-besaran oleh Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) pada 21 Disember lalu, aktif semula dan ‘Mini Dhaka’ kembali menjadi tumpuan warga asing seperti sebelum ini. […]