Berani Robohkan Bangunan Tetapi Tidak Berani Bertindak Pada Pengusaha Haram
Bangunan yang telah banyak berjasa kepada komuniti dari golongan B40.

 

Kuala Lumpur, 10 Ogos, 2024, 7.00 malam – KETUA Bahagian MIC Segambut, Datuk Sivakumar Nadarajah mempersoalkan mengapa Dewan Komuniti Taman Sri Sinar di Segambut dirobohkan oleh pihak berkuasa dengan alasan ia adalah struktur haram tetapi tidak berani bertindak kepada pengusaha haram. Satu perkara yang amat dikesali adalah dewan tersebut dipercayai menjadi pusat latihan sukan seperti karate serta aktiviti bagi golongan B40 selama lebih 30 tahun.

Isu perobohan dewan tersebut terus mendapat kritikan dengan alasan ia adalah struktur haram, namun bangunan tersebut telah banyak berjasa kepada komuniti dari golongan B40. Selain dari itu perobohan bangunan tersebut juga tidak mengambil pandangan dan perasaan penduduk setempat kerana bangunan itu sudah lama menjadi tempat penduduk melakukan aktiviti yang berfaedah.

Menurut Sivakumar, pengusaha bangunan sudah melakukan pelbagai inisiatif termasuklah cubaan untuk bertemu dengan Ahli Parlimen Segambut merangkap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bagi menyelesaikan kemelut berkenaan. Sivakumar mengakui turut terkesan dan sedih apabila melihat anak – anak muda yang menggunakan bangunan itu untuk latihan ke SUKMA menangis apabila melihat bangunan itu dirobohkan.

Sivakumar turut bertanya mengapa pihak berkuasa tidak mengenakan tindakan tegas terhadap pengusaha haram tanpa kelulusan itu terlebih dahulu sebaliknya terus merobohkan kawasan tersebut?” Sivakumar berkata lagi Penduduk tidak pernah bising tentang wujudnya struktur bangunan haram itu selama ini. Malah menggunakannya. termasuklah penduduk setempat. Penguasa tempat itu juga pernah datang berjumpa dengan untuk bantuan. Sivakumar berkata beliau tidak nampak sebarang usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun pengusaha telah mengambil berbagai inisiatif termasuklah cubaan untuk bertemu dengan Ahli Parlimen Segambut.

Walaubagaimana pun Sivakumar memahami tugas DBKL yang bertanggungjawab ke atas Dewan Komuniti dan telah cuba menuntut semula hak pengurusan dewan tersebut selama hampir setahun. Tetapi apa yang lebih mengejutkan adalah secara tiba-tiba pihak DBKL terus merobohkan bangunan tersebut tanpa mendengari luahan oleh penduduk kawasan tersebut terlebih dahulu.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Pembinaan Penempatan Baharu untuk Penduduk Orang Asli Projek Hidroelektrik Nenggiri Dijangka Siap pada Mac 2026