man on the run

Kuala Lumpur, 6 Januari 2024.

‘Man on the Run’ ialah sebuah filem dokumentari tahun 2023 yang diarahkan, ditulis dan diterbitkan secara eksekutif oleh Cassius Michael Kim. Dokumentari berdurasi 1jam 38 minit ini memberikan fokus khas kepada peranan Low Taek Jho (Jho Low) didalam skandal penyelewangan wang berbilion dolar dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mula di tayangkan di Netflix pada 5 Januari 2024 semalam. Sementara itu pada hari permulaan tayangan yang sama semalam Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Najib Razak), bekas Perdana Menteri Malaysia yang keenam menghadiri prosiding sambung bicara kes penyelewangan dana IMDB berjumlah RM2.28 bilion di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Dokumentari ‘Man on the Run’ ini secara ringkas menceritakan peranan Jho Low, penglibatan Riza Shahriz Abdul Aziz (Riza Aziz) iaitu anak tiri kepada Najib Razak didalam syarikat Red Granite Pictures dan juga pendedahan watak-watak utama seperti Clare Rewcastle Brown (pengarang Sarawak Report) dan Andre Xavier Justo (whistleblower) yang membantu merungkai skandal 1MDB. Dokumentari ini juga antara lain menceritakan penglibatan Najib Razak sebagai antara watak utama yang terlibat didalam penyelewengan wang IMDB. Secara tidak langsung juga dokumentari ini seolah-olah mengaitkan pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais 9 tahun lepas dengan Najib Razak walaupun terdahulu sebelum ini Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull didalam sidang media di ibu pejabat SPRM telah menegaskan bahawa pembunuhan Kevin Morais tidak terlibat dalam siasatan kes 1MDB.

Dana 1MDB diwujudkan oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan pembangunan ekonomi di Malaysia melalui perkongsian global dan pelaburan asing. Malangnya menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (https://www.justice.gov/opa/pr/over-1-billion-misappropriated-1mdb-funds-now-repatriated-malaysia) ada pihak yang telah menyelewengkan dana ini dan membelanjakan dana ini untuk kepentingan peribadi dengan membeli pelbagai jenis barangan mewah, termasuk rumah dan hartanah mewah di Beverly Hills, New York, dan London; kapal layar super 300 kaki; dan seni halus oleh Monet dan Van Gogh. Dana itu juga telah dibelanjakan dan dimasukkan ke dalam pelbagai pelaburan perniagaan, termasuk sebuah hotel butik di Beverly Hills, sebuah syarikat penerbitan filem bagi menerbitkan filem “The Wolf of Wall Street”, pembangunan semula Hotel Park Lane di Manhattan, dan saham di EMI sebagai pemegang hak muzik persendirian terbesar.

Jho Low hingga ke hari ini kekal menjadi orang buruan di Malaysia, Amerika Syarikat dan Sigapura sebagai saksi utama didalam skandal penyelewangan yang berbilion dolar ini.

#Prezcom