padu sejahtera
padu sejahtera

Kuala Lumpur, 2 Januari 2024.

YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Majlis Peluncuran Pengkalan Data Utama (PADU) di Dewan Perdana, Puterajaya International Convention Center (PICC). PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan permastautin tetap di Malaysia.

Sehubungan itu semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat ke dalam sistem PADU bermula 2 Januari 2024 hari ini. Pendaftaran baharu, pengemaskinian dan semakan di sistem PADU adalah percuma dan tiada apa-apa caj yang dikenakan.

Penubuhan PADU barupaya mempercepatkan peralihan kerajaan untuk membangunakan program dan inisiatif berpandukan kedudukan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah dan salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.

Antara 6 fokus keberhasilan PADU adalah:
1. Meningkatkan kecepakan pengurusan
2. Mengoptimumkan peruntukan subsidi
3. Meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan
4. Pemantauan dan Penilaian yang tuntas
5. Penjimatan Sumber
6. Penjumatan Kos

Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan skim penipuan atau scam yang baru-baru ini menyebarkan maklumat tidak benar berkaitan PADU di media sosial.

Untuk maklumat lanjut berkaitan PADU, boleh ke portal rasmi PADU di:
http://www.ekonomi.gov.my/padu
http://t.me/padusejahtera
#PADUSejahtera

#PrezCom