Sarjan Polis Disyaki Tipu Wang Hampir RM500 Ribu

Kuala Lumpur, 7 Januari 2023, 11.00 pagi – Seorang anggota polis berpangkat sarjan diperintah menjalani tahanan reman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret Sibu kerana disyaki menipu membabitkan wang hampir RM500,000.

Anggota polis tersebut berusia 34 tahun disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun serta dengan sebat, dan boleh juga didenda jika sabit kesalahan.

Menurut laporan, mangsa melakukan beberapa transaksi ke akaun suspek antara bulan Oktober, November dan Disember 2023. Majistret Oon Kork Chern memerintahkan suspek ditahan reman bermula hari ini. Suspek turut diperintah dihadapkan semula ke mahkamah pada Isnin depan selepas tahanan reman ke atasnya tamat.

Bak kata pepatah, Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Bagaimana bijak pun perancangan yang diatur, jika ianya perkara buruk akan diketahui juga akhirnya.

#PrezCom