Identiti Anda Kini Sasaran dengan Ai Biometric Identity Theft

Oleh: Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari Kuala Lumpur, 21/4/2026 Pendekatan penipuan sedang berubah dengan pantas, dan realiti baharu ini menuntut perubahan cara berfikir masyarakat. Jika sebelum ini penjenayah siber bergantung kepada tipu helah untuk mendapatkan wang secara terus, kini fokus mereka jauh lebih strategik. Mereka mahukan sesuatu yang lebih bernilai dan sukar diganti, […]
Grab Tinggalkan Burning Incentives, MR D.I.Y. Perketat Margin: Realiti Baharu Model Dunia Perniagaan

Oleh: Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari KUALA LUMPUR, 10 Januari 2026. Dua syarikat utama Asia Tenggara, Grab dan MR D.I.Y., kini mencerminkan perubahan strategik yang semakin ketara dalam landskap perniagaan serantau apabila kedua-duanya beralih daripada strategi growth at all costs kepada pendekatan yang lebih berdisiplin dari segi keuntungan dan margin. Peralihan ini berlaku […]
Apa yang Malaysia Perlu Pelajari Daripada Tragedi 124 Tahun Lalu

Oleh: Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari Kuala Lumpur 6 Januari 2026. Pada 4 Januari 1903, seekor gajah Asia bernama Topsy dihukum mati melalui renjatan elektrik di sebuah taman hiburan di Amerika Syarikat. Lebih satu abad telah berlalu, namun kisah ini masih relevan untuk direnungkan bukan sekadar sebagai sejarah kekejaman terhadap haiwan, tetapi sebagai […]
“Jangan Salah Guna Perkataan Redha: 70% Transformasi Gagal Kerana Kita Sebenarnya Takut Berubah, Bukan Kerana Takdir”

Ditulis oleh: Ts. Coach Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari** “Jangan Salah Guna Perkataan Redha: 70% Transformasi Gagal Kerana Kita Sebenarnya Takut Berubah, Bukan Kerana Takdir” Jika ada satu perkara yang saya lihat semakin ketara dalam dunia kerja hari ini terutamanya dalam dunia jualan – ialah kecenderungan untuk menyamakan zon selesa (confort zone) dengan redha, […]
Budaya ‘Shortcut’ dan Mengejar Nama Hanya Merencatkan Kemajuan Negara

KUALA LUMPUR, 12 Nov 2025 Hasrat membina keupayaan sebenar negara sering tergelincir apabila budaya “jalan pintas” menguasai cara kita berfikir dan bekerja. Empat dekad selepas PROTON dilancarkan pada tahun 1983, hampir separuh pegangan syarikat itu dijual kepada Geely pada tahun 2017. Langkah itu mencerminkan kebergantungan kita kepada bantuan luar, walaupun cita-cita asal adalah untuk […]
Pengiktirafan Palestin di Eropah: Simbolik Sahaja atau Permulaan Tekanan Global ke atas Israel?

Kuala Lumpur, 1/10/2025 Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Eropah menyaksikan perkembangan luar biasa apabila beberapa negara mengambil langkah berani menyokong Palestin. Sepanyol membatalkan perjanjian senjata bernilai €700 juta dengan Israel, manakala Perancis mengiktiraf Negara Palestin menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sepanyol turut mengugut untuk memboikot Piala Dunia FIFA 2026 sekiranya Israel dibenarkan mengambil […]
Paradoks AI: Produktiviti Merosot Meski Pelaburan Meningkat

Oleh: Ts. Coach Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari Ada sesuatu yang paradoks berlaku di hadapan mata kita. Dunia begitu sibuk melabur dalam kecerdasan buatan (AI), dengan angkanya mencecah ratusan bilion ringgit di seluruh dunia. Namun, hasilnya tidak seindah yang dijanjikan. Kajian MIT pada tahun 2025 menunjukkan syarikat pembuatan yang mengaplikasikan AI mengalami penurunan produktiviti […]
23,149 Rumah Siap Tidak Terjual Bernilai RM13.94 Bilion Bukan Hanya Isu Pemaju

Oleh: Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari Kuala Lumpur, 9 Mei 2025. Sejak kebelakangan ini saya terbaca tentang isu lambakan rumah yang bagai saya agak mengerikan kerana ianya bukan sahaja soal rumah pemaju yang tidak terjual tetapi juga soal kesan rantaian ekonomi kepada masyarakat. Saya percaya isu ini sangat boleh diselesaikan sekiranya kita melihatnya […]
Beachhead Strategy: Strategi Perang Menjadi Rahsia Kejayaan Syarikat Gergasi Dunia

Oleh: Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari Strategi “Beachhead Market,” satu konsep pemasaran yang diinspirasikan daripada strategi ketenteraan dalam Perang Dunia II, kini menjadi pendekatan penting yang membantu banyak syarikat gergasi dunia berjaya menembusi pasaran dan mendominasi industri masing-masing. Diperkenalkan pertama kali oleh pakar teori organisasi Geoffrey Moore pada tahun 1991, konsep ini […]
Siri 2: Resolusi PBB, Penubuhan Israel, dan Tragedi Nakba (1940–1948)

Oleh: Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari Menjelang akhir Perang Dunia Kedua, masyarakat antarabangsa menyaksikan tragedi Holocaust yang mengorbankan jutaan Yahudi Eropah. Gerakan Zionis menggunakan simpati ini untuk memperhebat desakan kepada Britain dan PBB agar mempercepat penubuhan negara Israel di Palestin. Tekanan memuncak apabila pada 29 November 1947, Perhimpunan Agung PBB meluluskan Resolusi 181 […]