
Oleh: Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari
KUALA LUMPUR, 10 Januari 2026.
Dua syarikat utama Asia Tenggara, Grab dan MR D.I.Y., kini mencerminkan perubahan strategik yang semakin ketara dalam landskap perniagaan serantau apabila kedua-duanya beralih daripada strategi growth at all costs kepada pendekatan yang lebih berdisiplin dari segi keuntungan dan margin.
Peralihan ini berlaku ketika pasaran mula matang, kos operasi meningkat dan pelabur menuntut laluan yang lebih jelas ke arah sustainable profitability. Dalam konteks ini, pertumbuhan pantas tanpa kawalan kos tidak lagi dilihat sebagai ukuran kejayaan jangka panjang.
Bagi Grab, syarikat ini pada peringkat awal pertumbuhan banyak bergantung kepada burning incentives dan subsidi agresif untuk menawan pasaran perkhidmatan e-hailing serta penghantaran. Strategi tersebut berjaya meningkatkan user acquisition dan market share, namun pada kos yang tinggi kepada unit economics. Menyedari had pendekatan tersebut, Grab mula mengetatkan insentif secara berperingkat, mengoptimumkan kos operasi dan memperkenalkan lapisan pengewangan baharu melalui in-app advertising.
Hasil daripada perubahan ini, Grab merekodkan adjusted EBITDA tertinggi dalam sejarah syarikat pada suku pertama 2024, iaitu sekitar AS$62 juta. Prestasi tersebut menandakan sembilan suku berturut-turut peningkatan EBITDA, selain pengurangan ketara kerugian bersih. Grab turut menaikkan unjuran keuntungan tahunan, mencerminkan keyakinan terhadap pendekatan profit discipline yang sedang dilaksanakan. Walaupun pengurangan insentif membawa risiko kepada demand dan user activity, pelaksanaan secara berperingkat serta peningkatan operational efficiency membantu mengekalkan kestabilan ekosistem pasaran.
Di Malaysia pula, MR D.I.Y. berkembang melalui strategi pembukaan kedai secara agresif sehingga menjadi antara rangkaian peruncitan paling meluas di negara ini. Menjelang tahun kewangan 2024, syarikat ini mencatatkan hasil sekitar RM4.65 bilion dengan keuntungan bersih RM568.9 juta, mengekalkan net margin sekitar 12 peratus.
Namun, apabila skala perniagaan semakin besar, isu margin leakage mula muncul, khususnya daripada central costs, tekanan inventori dan pengurusan product mix. Sebagai tindak balas, MR D.I.Y. memperkukuh procurement discipline, mengetatkan kawalan SKU serta menambah baik assortment and mix optimization. Langkah ini membantu meningkatkan gross margin kepada sekitar 46.7 peratus pada suku keempat tahun kewangan 2024, disokong oleh kos pembelian yang lebih rendah dan kecekapan rantaian bekalan. Keyakinan terhadap kekuatan model margin ini turut dizahirkan melalui pengagihan dividen antara tertinggi sejak penyenaraian syarikat.
Perkembangan Grab dan MR D.I.Y. menunjukkan satu corak yang semakin jelas dalam perniagaan Asia Tenggara. Pertumbuhan berskala besar perlu diseimbangkan dengan kawalan kos, kejelasan unit economics dan strategi pengewangan yang realistik. Bagi syarikat pemula, perusahaan sederhana dan pemain industri tempatan, perubahan ini menjadi isyarat bahawa era mengejar skala semata-mata semakin berakhir.
Kesimpulannya, kejayaan perniagaan hari ini tidak lagi diukur hanya melalui kadar pertumbuhan hasil atau bilangan pengguna, tetapi melalui keupayaan mengekalkan margin, mengurus cost structure dengan berhemat dan menyesuaikan strategi apabila pasaran memasuki fasa kematangan. Pendekatan yang ditunjukkan oleh Grab dan MR D.I.Y. kini menjadi rujukan penting kepada perniagaan yang ingin kekal relevan dan mampan.
Ts. Megat Zainurul Anuar Bin Megat Johari
www.facebook.com/coachmegat
———–
Penulis | Penggerak Sosial | Innovator
Dengan keyakinan bahawa kata-kata mampu mengubah dunia, Ts. Megat Zainurul Anuar membina jambatan antara profesionalisme dan kemanusiaan. Dengan latar belakang Sarjana Sains dalam Pengurusan Maklumat dan pengalaman lebih 20 tahun membimbing syarikat utama Malaysia, beliau telah memilih pen sebagai instrumen perubaannya.
Sebagai Business Coach dan Certified National Competency Standard Trainer, Megat telah membantu banyak syarikat korporat dan agensi kerajaan di Malaysia seperti Sime Darby, Coway Malaysia, INTAN(Institut Tadbiran Awam Malaysia), MAMPU (Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) dan banyak lagi. Namun, pencapaian terbesarnya terletak pada program SAY LEAD PRO MALAYSIA, di mana beliau memberdayakan usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah inspirasi DYTM, Tengku Amir Shah.
Megat percaya setiap naratif mempunyai kuasa untuk membuka minda dan menyentuh hati. Melalui penulisannya, beliau berjuang mendedahkan kebenaran, mencabar status quo, dan menyuarakan mereka yang tidak bersuara.
“Perubahan bermula dengan keberanian untuk melihat, memahami, dan bertindak.”
———–
Disclaimer:
Aritikel ini adalah sumbangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian PrezCom.
#Prezcom